Thursday, February 12, 2009

BBQ-Jam dijalankan pada 25 Februari 2009

Salam. Ada dua berita baik dan 'kurang baik' ingin disampaikan kepada semua warga unimas khasnya ahli kelab PRIMU.

Berita baik, BBQ-Jam akan diadakan untuk semua ahli-ahli kelab PRIMU pada 25hb Februari 2009 (Rabu), lokasi BBQ adalah di persekitaran kampus UNIMAS dan akan diumumkan kelak.

Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini kepada ahli-ahli kelab PRIMU, kami berhasrat untuk mencatit nama kelab PRIMU dalam Malaysia Book of Records melalui program BBQ besar-besaran yang mampu membuktikan warga Unimas boleh bersatu mencapai kejayaan. Di samping itu, objektif utama kelab PRIMU mengadakan program sedemikian rupa adalah untuk menyatupadukan semua warga UNIMAS daripada semua golongan staf hinggalah ke golongan mahasiswa. Hasrat ini adalah untuk memupuk seluruh warga UNIMAS supaya bermuafakat tidak kira pangkat, bangsa, dan agama. Dengan kata lain, menyatupadukan warga UNIMAS yang terlalu banyak ragam dan tidak dinafikan 'berpuak-puak'. Oleh itu, dengan semangat kekitaan yang kukuh, ragam yang bermacam rupa dan 'puak-puak' ini boleh disatukan dengan satu ideologi iaitu memartabatkan komuniti UNIMAS sebagai komuniti kelas pertama.

Namun, dukacita dimaklumkan bahawa program BBQ-Jam secara besar-besaran pada peringkat universiti terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat peruntukan yang cukup berikutan dengan krisis ekonomi pada masa sekarang. Syarikat-syarikat yang pada awalnya difikirkan berpotensi untuk menyediakan peruntukan memaklumkan kepada kami bahawa mereka terpaksa membatalkan pembiayaan bahan mentah untuk program BBQ-Jam pada semester ini (0809-2). Walau bagaimana pun, BBQ-Jam pada peringkat universti akan ditangguhkan pada suatu tarikh yang bersesuaian.

Oleh yang demikian, program BBQ-Jam hanya akan dilaksanakan pada peringkat kelab PRIMU sahaja dan memerlukan yuran penyertaan daripada ahli-ahli kelab PRIMU yang ingin menyertai program ini. Berikut adalah info mengenai program BBQ-Jam peringkat kelab PRIMU:

- Tarikh: 25 Febuari 2009 (Rabu)
- Masa: 4.30 petang - 11.00 malam
- Tempat: Sekitar kampus UNIMAS (akan diumumkan kemudian)
- Yuran penyertaan: RM 10

Sekiranya anda mempunyai cadangan seperti tempat yang menarik dalam kampus UNIMAS untuk program ini, lain-lain komen, dan pertanyaan, poskan kepada kami di halaman comment blog ini. Terima kasih.


Exco Publisiti

2 comments:

Anonymous said...

Uwaa... x leh la nak lawan ngan member kat U lain.. Baru nak bangga sebab nak masuk MBOR.. tapi x per la.. kita hanya mampu merancang...

Lokasi?? i think best kalau wat kat area depan CTF yang kat laluan dari cempaka tu.. Kira macam sepanjang laluan tu la.. Environment macam kat BAKO jer.. cuma x der laut jer huhu...

Unknown said...

aduyai.... tunda agik... mlm ya kita molah persembahan dr xco2 mok... jaming lok!!!!