Wednesday, September 17, 2008

Blog rasmi kelab PRIMU

Selamat Datang ke laman blog rasmi pertama kelab PRIMU.

Alhamdulillah, blog ini telah dihasilkan pada 17 September 2008 (17 Ramadhan 1429) jam 6.15 pagi. Tujuan blog ini dihasilkan adalah khas untuk semua
ahli-ahli kelab PRIMU dimana mereka akan mendapat informasi terkini berkenaan dengan kelab ini dan juga kepada warga Unimas secara amnya.

Kami, ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Exco kelab PRIMU akan sedaya upaya meletakkan maklumat yang terkini dan berguna buat pelawat-pelawat yang berkunjung ke laman ini.

Diharap dengan adanya media seperti ini, maklumat dapat disalurkan dengan lebih efisen sekali gus dapat menaikkan kelab PRIMU sebagai kelab yang berwawasan dan UNIMAS sebagai sebuah universiti yang berprestij.

Pada masa ini, laman ini masih dalam proses menyediakan maklumat-maklumat yang bersesuaian kepada semua pengunjung sehingga diberitahu kelak. Sila kunjungi laman blog ini dari semasa ke semasa. Terima kasih.