Thursday, February 12, 2009

Kemahiran: Modul Komunikasi (11 Februari 2009)

Semalam (11 Februari 2009, Rabu), kelab PRIMU telah melaksanakan program kemahiran berasaskan modul komunikasi di kalangan semua ahli kelab PRIMU.

Berikutan daripada program tersebut, diharap ahli-ahli kelab PRIMU dapat mempelajari kepentingan dalam komunikasi.

Pendek kata, apa yang dapat kita ringkaskan dari program tersebut ialah pentingnya elemen-elemen komunikasi seperti:
- Respon yang berinformasi dan meyakinkan.
- Bijak berkomunikasi dalam memilih pelbagai alternatif menyampaikan maklumat.

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, ketika berkomunikasi haruslah berfikiran baik kerana otak kita akan mengeluarkan gelombang positif yang boleh memperkukuhkan keberkesanan komunikasi antara mana-mana pihak dan tidak menimbulkan ketidaksefahaman.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen mengenai kemahiran komunikasi yang boleh dikongsi bersama. Terima kasih.

8 comments:

Aizuddin Sugara said...

Makalah Teknik Komunikasi:

Sila baca artikel ini
bandono.web.id/files/makalah-komunikasi.pdf

Syira said...

Komukasi Mempesona

Apa tu komunikasi mempesona?? Hurm.. Maklumat ni dipetik dari sebuah blog yang memberikan tips2 komunikasi.

Untuk membuat orang terpesona dengan gaya komunikasi Anda, pertama sekali perlu buat orang tu senang dengan Anda. Ambil hatinya, pamerkan senyuman dan air muka yang mesra padanya, pendek kata be friendly. Kalau boleh, bijakkan diri Anda untuk berjenaka dan membuat mereka ketawa (jangan lawak bodoh dah le! hehe..)

Kedua, seboleh-bolehnya, tumpukan pada diri orang yang Anda bawa bercakap tu. Bawa dia bercerita segalanya pasal dia, kerjayanya, keluarga, pendapatnya tentang isu semasa, cuaca, sukan yang diminatinya, hobinya atau filem terbaru yang suka ditontonnya. Orang suka bila ada orang lain yang memberi perhatian pada mereka. Layan dia seperti mana Anda mahu diri Anda dilayan mesra, professional dan mengagumkan.

Bila Anda melatih diri untuk melakukan 2 tips komunikasi di atas, saya percaya Anda akan ada personaliti magnetik! Memukau, menarik, tampan, menawan dan sememangnya attractive!

Tapi...!!!

Macam mana pulak kalau kita aje yang tersengih-sengih kat orang tapi orang tu tayang muka sekupang ja? a.k.a muka x der perasaan. Sakit hati gak..
Macam mana kalau kita cuba untuk be friendly, tapi orang jadi hantu ngan kita..???
Apa nak buat? Tayang balik muka sekupang? Jadi hantu balik?

Share this among us.. Its a question to ponder.. Renung2kan dan selamat beramal....

hafizTESL said...

Erm... Modul Komunikasi da pun selesai.. mcm mana dgn penisiannyer....Abg hafiz sgt berharap agar SEMUA KELUARGA PRIMU yang ikuti modul tu, belajar sesuatu...

ingt mcm mn abg hafiz slalu bising dan leterkan (mcm pakcik2.....), wat apa2 pun, jgn lupa akan objektif dan matlamat program..

.....

abg hafiz nak bukak satu topik!!
soalan nyer...(mcm soalan midterm!!)

"kalu orang tu pandai bercakap jer, tapi xder ilmu (tak tahu apa yang dia ckp), baik tak payah cakap. Ilmu tu penting untuk bercakap/ berkomunikasi"

Stuju x?

Syira said...

Betul3...(buat gaya macam Ipin..)
Hurm.. kalau x der menda or knowledge mase nak cakap... bende tu akan jadik boring dan memang sah2 nak jatuhkan diri sendri... (Penah jumpa spesis cam ni.. Harap bukan dalam kalangan PRIMU..)

darkSTAR_11 said...

Erm... Modul Komunikasi da pun selesai.. mcm mana dgn [penisiannyer]....Abg hafiz sgt berharap

pengisian la piz... aduyaiiiiiiii...

Syira said...

Hahaha... lidah tegeliat tu... boy..

mohd jamal said...

My name is Mr jay..
mohd Jamal bin ishak
post: sekreteriat exco tugas2x khas
email: bluedreamjayjay@gmail.com

jangan terkeliru dengan dengan alamat email 2..bukan ade maksud lain ek..watak komik 2..ahhahahahaha

mohd jamal said...

Dalam psikologi, wujud satu istilah iaitu glossophobic; ataupun secara amnya didefinisikan perasaan takut untuk berada di hadapan khalayak umum.

Betul ke saya kata , ramai antara kita yang nak berkata kata atau mengekspresikan pendapat sewaktu perjumpaan, tapi SEGAN..coz
1) Rase x setanding dengan rakan
2) penampilan x menarik
3) xde pengalaman

betol?