Wednesday, January 27, 2010

Outdoor XTVT PRIMU

Keindahan Taman Negara Bako






Salam...

Seperti yang kita semua sedia maklum, PRIMU 09/10 akan menerjah
Taman Negara Bako hujung minggu ini iaitu pada 30 dan 31 Januari 2010.

Kepada sesiapa yang terlibat sila alert pada notis dan pengumuman yang akan dibuat. anda juga dikehendaki mematuhi segala arahan yang dikeluarkan untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar.

Perjumpaan PRIMU

Salam,

Perjumpaan PRIMU pada minggu ini akan diadakan di

Tempat: DK CTF 1
Tarikh: 27 Januari 2010
Hari : Rabu
Masa : 8 malam
Pakaian : Sopan dan kemas
Peralatan : Kain untuk menutup mata
*** Sila tepati masa.

Terima kasih

Tuesday, January 19, 2010

Perjumpaan PRIMU

Salam,

Perjumpaan PRIMU pada minggu ini adalah seperti berikut

Hari : Rabu
Tarikh : 20 Januari 2010
Masa : 8.00 - 11 malam
Tempat : DK CTF 1 Kampus Barat
Pakaian : Semi-formal
Peralatan : bawa bersama kain yang boleh digunakan untuk menutup mata

*** Sila tepati masa.

Terima kasih

Thursday, January 14, 2010

Warna Warni PRIMU


Salam...

Terima kasih di atas pandangan, komen dan juga keprihatinan anda semua mengenai PRIMU. Kami di pihak pengurusan berasa berbangga kerana dapat berbakti di dalam PRIMU. Sokongan, pandangan dan kritikan anda semua sangat penting demi melahirkan PRIMU yang mantap, efisien serta lebih balik dari yang sebelum ini.

InsyaAllah, semester ini kita akan ada banyak aktiviti outdoor selepas satu semester kita melaksanakan aktiviti indoor yang berbentuk ice-beraking dan team-building. Rasionalnya adalah untuk membentuk satu ikatan kekeluargaan antara ahli-ahli PRIMU supaya ukhwah kita MANTAP..! :-) inilah yang membezakan PRIMU dengan kelab-kelab lain..

Selain itu, sebagai suatu tinjauan santai... Boleh anda berkongsi sedikit apa yang anda semua faham mengenai PRIMU?

P=


R=


I=


M=


U=


Jangan segan2.. jangan malu2... Sekadadar ingin mengetahui fahaman ahli-ahli PRIMU yang berada di dalam kelab PRIMU samaada anda semua faham atau tidak mengapa anda berada di sini? Mengapa anda menyertai PRIMU? Mengapa?

Jemput respond di bahagian komen.. Terima kasih

Tuesday, January 12, 2010

Perjumpaan PRIMU

Salam..

Hari : Rabu
Tarikh : 13 Januari 2010
Tempat : CTF 2
Masa : 8 malam
Pakaian : Semi Formal

Perhatian kepada ahli yang belum membayar yuran PRIMU bagi semester ini, yuran berulang ialah sebanyak RM 5. Anda boleh membuat pembayaran tersebut kepada Bendahari Kehormat PRIMU, Saudari Nurfarahin.

Thursday, January 7, 2010

Yuran Berulang dan T-Shirt PRIMU

Salam..

Kepada semua ahli PRIMU, yuran berulang bagi semester ini ialah sebanyak RM5. Anda boleh membuat pembayaran tersebut kepada Bendahari Kehormat PRIMU, Saudari Nurfarahin.

Kelab PRIMU juga dalam proses menempah T-Shirt PRIMU bagi ahli-ahli baru. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli T-Shirt tersebut, sila berjumpa dengan Exco Publisiti, Saudari Khaddraa di Cafe Pohon Mas (behadapan dengan RHB Bank) pada hari Jumaat, jam 12 tengah hari hingga 2 petang (tarikh akhir). Sila bawa bersama wang pendahuluan sebanyak RM10.

Sekian.

Wednesday, January 6, 2010

Perjumpaan PRIMU

Salam,

Selamat kembali ke UNIMAS dan tahniah kerana masih berada di sini untuk terus berjuang menuntut ilmu sebagai mahasiswa UNIMAS. Seperti yang telah dirancang, PRIMU akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik semester ini. Oleh itu, jangan lupa hadir pada perjumpaan pertama PRIMU untuk semester 2 09/10 pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 06 Januari 2010
Masa : 8 malam
Tempat : Level G Bangunan HEP
Pakaian : Kemas dan sopan
Peralatan : Bawa bersama kertas A4 dan alat tulis serta wang sebanyak RM10 untuk tempahan T-shirt PRIMU.