Thursday, November 22, 2012

Watikah Perlantikan Majlis Tertinggi, Exco & Sekretariat Kelab PRIMU

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana Majlis Watikah Perlantikan Majlis Tertinggi, Exco & Sekretariat Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS yang diadakan pada semalam, 21 November 2012 berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Majlis tersebut diadakan sebagai penanda aras kesahihan jawatan majlis tertinggi, exco-exco dan sekretariat yang baru sahaja dipegang oleh ahli-ahli kelab. Dengan berakhirnya bacaan ikrar yang diketuai oleh saudara Syazwan Yaacob, maka dengan itu secara rasminya telah sah pelantikan tersebut. Antara yang turut dijemput ialah penasihat kelab, Kak Ninie dan mantan penasihat kelab, Abang Hafiz serta mantan-mantan barisan kepimpinan Kelab PRIMU yang lepas.

 Pengerusi Majlis, saudara Zulhilmy Manan mengetuai majlis.
Presiden, Penasihat & Abang Hafiz.

Tuesday, November 20, 2012

Senaraijaya Sekretariat Exco-Exco Kelab PRIMU Sesi 2012/2013

Berikut merupakan senaraijaya bagi sekretariat exco-exco Kelab PRIMU sesi 2012/2013. Tahniah dan syabas kepada ahli PRIMU yang telah terpilih untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan! Selamat bekerjasama! :)

Link: Senaraijaya Sekretariat Exco-Exco Kelab PRIMU Sesi 2012/2013

Monday, November 19, 2012

Perjumpaan Mingguan Kelab (14 November 2012) & Pemilihan Sekretariat Exco-Exco 2012/2013

Pada 14 November 2012 yang lepas, perjumpaan mingguan Kelab Pembimbing rakan Intelek Mahasiswa (PRIMU) telah dilaksanakan seperti biasa. Pada masa yang sama, Kelab PRIMU telah mengadakan sesi khas pemilihan sekretariat baru bagi exco-exco.

 Kehadiran penasihat Kelab PRIMU, Kak Ninie nyata telah menaikkan semangat ahli kelab.

Wednesday, November 14, 2012

Channel Youtube Rasmi Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU)

Sebagai satu usaha menaikkan publisiti dan nama baik Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa (PRIMU), satu channel rasmi Youtube kelab telah pun diwujudkan. Segala video dan montaj program-program atau kenangan manis yang telah dirakamkan akan dimuat-turunkan terus ke dalam channel ini. Jom, pakat ramai-ramai subscribe channel rasmi ni! :)

Link: http://www.youtube.com/user/KelabPRIMU


Antara kenangan manis dan pahit Kelab PRIMU:

Pemilihan Sekretariat Exco - Exco Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS 2012/2013

Salam Sayang ♥ Family PRIMU :)

Perjumpaan Mingguan Kelab PRIMU & Pemilihan Sekretariat Exco-Exco Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS 2012/2013.

PRIMU PROMO : Majlis Tertinggi & Exco - Exco 2012/2013

Kenali Majlis Tertinggi & Exco - Exco 2012/2013 anda semua :)


Program Siri Jelajah Borneo 2 : Jom Tawan Gunung Santubong Sukses!


Pada 30 Oktober 2012 yang lepas, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) telah melaksanakan satu program iaitu Siri Jelajah Borneo 2 : Gunung Santubong. Seramai 45 orang peserta yang telah mengikuti program ini termasuk dengan penyertaan beberapa orang pemandu arah yang dibawa khas dari luar untuk mengetuai pendakian ke puncak Gunung Santubong.
Presiden mengetuai Kumpulan 3.