Monday, December 31, 2012

Semua bergembira di program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU!

Semua bergembira di program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU! Tahniah kepada pengarah, Norhayati Abd Aziz dan ahli jawatankuasa pelaksana yang terlibat kerana telah menjayakan program akhir semester I sesi 2012/2013 kali ni. Program yang berlangsung di Sematan Resort ini telah disertai oleh lebih daripada 40 orang ahli Kelab PRIMU.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bersesuaian dengan objektif program itu sendiri iaitu untuk menghilangkan rasa stress sebelum study week dan sebelum menghadapi peperiksaan penting akhir semester di samping merapatkan semula ukhuwah sesama ahli kelab. Turut hadir ialah pengiring program kita kali ini iaitu Encik Hafiz serta beberapa orang mantan barisan kepimpinan Kelab PRIMU yang lepas; Abang Long Asaqni, Ridhwan, Kak Syida & Aidil Luqman. Rugi sape yang tak join! :D

 
Video Santai PRIMU #Tackled, Wet & Pain.
Video Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU
Semua terkezutt dengan suasana superbb Sematan Resort! Hihi

Thursday, December 20, 2012

Perjumpaan Mingguan Kelab (19 Disember 2012) - No Money, No Talk!

Minggu ni merupakan minggu terakhir perjumpaan kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS. Tak dinafikan pada perjumpaan mingguan terakhir kelab ni memang ramai yang hadir dan tahniah diucapkan kepada semua! Minggu depan pula dah nak start study week, so ganbatte semua! Fighting! Haha

Minggu ni modul yang dilaksanakan semasa perjumpaan kelab mingguan juga berunsurkan intelektual dan kerjasama serta smart thinking.  Bertajukkan No Money, No Talk! ini, lima kumpulan telah dibahagikan sama rata ahli bilangannya. Dan bermulalah episod kedai-kedai kek lapis dalam mencari solusi kesepakatan dalam meningkatkan keuntungan kedai masing-masing. Hihihi..

 Clap Remix Session w/ Zulhilmy Manan. Clap Clap!
1, 2, 3 CLAP CLAP CLAP*!

Wednesday, December 19, 2012

Program Softskill "Saham Si Temberang" Bersama Warga Kolej Bunga Raya UNIMAS

Pada hari Selasa, 18 Disember 2012 yang lepas, pihak Kolej Bunga Raya UNIMAS (BRC) dengan sukacitanya telah menjemput Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) untuk menjayakan satu program softskill khas untuk warga kolej. Dengan itu, Kelab PRIMU yang diketuai oleh Presiden kelab, Syazwan Yaacob bersama-sama dengan ahli kelab yang lain telah melaksanakan satu modul istimewa iaitu modul "Saham Si Temberang" yang berobjektifkan ingin melatih warga kolej Bunga Raya untuk berfikir secara bijak dan pantas dalam membuat keputusan.

Boleh tahan ramai yang datang! :D
 Saudara Zaihazlan Zamri mengetuai setting "1,2,3 Count!"

Tuesday, December 18, 2012

Salam Sayang ♥ Family PRIMU :)

Perjumpaan Mingguan Terakhir Semester I Sesi 2012/2013 Kelab PRIMU + Penempahan T-Shirt Rasmi Kelab PRIMU + Pembayaran Pendaftaran Program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU

Tarikh : 19 Disember 2012
Hari : Rabu
Masa : 8.30 - 10.30 malam
Tempat : BS1, CTF1
Tema : "CLOUD BLACK & WHITE"
Pakaian : Baju PRIMU/Biru/Sopan

*Satu kaunter penempahan t-shirt rasmi kelab akan dibuka. Harga sehelai t-shirt ialah RM35 (boleh bayar deposit dahulu). Kepada sesiapa yang berminat boleh hadir ke perjumpaan hari rabu akan datang, kerana kaunter penempahan t-shirt hanya akan dibuka pada hari tersebut SAHAJA.

Contoh design t-shirt PRIMU. Model by Aminurrashid.

**Kaunter pengesahan nama peserta dan pembayaran pendaftaran program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU juga turut dibuka. Dengan itu, semua peserta yang terpilih DIWAJIBKAN datang untuk membuat pembayaran sepenuhnya dan mengesahkan sama ada anda ingin menyertainya ataupun tidak. Sekian, terima kasih.

Monday, December 17, 2012

Senarai Nama Peserta Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU

Berikut adalah senarai nama peserta Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU. Tahniah kepada yang terpilih dan terpantas mengisi borang atas-talian pendaftaran! Sila konfemkan semula kepada saya (Naim Omar, +6017-22450451) atau saudari Norhayati Aziz  (+6012-5551987)  sama ada anda ingin sertai Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU ataupun tidak secepat mungkin. Bayaran sebanyak RM25 setiap orang boleh dibuat pada saudari Norhayati Aziz bermula pada hari ini sehingga Rabu malam depan (19 Disember 2012) sewaktu perjumpaan kelab yang terakhir semester ini, insyaAllah :)

Thursday, December 13, 2012

Perjumpaan Mingguan Kelab (12 Disember 2012) - The Hidden Box

Minggu ni perjumpaan kelab bertemakan The Hidden Box. Sebenarnya encik presiden cuba memisterikan keadaan dengan mencadangkan tema tu. Minggu ni modul yang dijalankan ialah modul Super Sponton. Ya, SUPER SPONTON. Hahaha dimulakan dengan setting Eppo Eppo berlainan versi, dan kemudiannya modul utama dijalankan. Boleh dikira ramai juga yang hadir seperti yang tidak dijangkakan ekoran ada event besar UNIMAS pada malam tu iaitu Orkestra Titian Gemilang RTM-UNIMAS.


Abang presiden kasi jampi kat semua orang :P
Khairol & Amin memang berkawan baik dari dulu lagi. Hihi

Tuesday, December 11, 2012

Pendaftaran Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU telah pun dibuka!

Assalamualaikum dan Salam Sayang PRIMU semua. Ada berita baik di sini! :)


Pada 22 & 23 Disember 2012 akan datang, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) akan mengadakan satu program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU. Bertemakan "Berehat Sebentar Bersama PRIMU", program ini diadakan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli kelab PRIMU selain daripada salah satu program mereleasekan tension" yang ada. Almaklumlah, dah nak exam kan. Hihi. So ini butirannya;

Tarikh: 22 & 23 Disember 2012
Tempat: Sematan Resort, Sematan
Bayaran penyertaan: RM25 seorang SAHAJA

Terma dan syarat penyertaannya :
1. Terbuka kepada ahli kelab PRIMU yang berdaftar sahaja.
2. Penyertaan terhad kepada 40 orang peserta SAHAJA.
3. First come, first serve basis. So, sape cepat dia dapat.
4. Duit yuran pendaftaran sebanyak RM25 boleh dibuat kepada saudari Nurhayati selepas sahaja senarai peserta dikeluarkan kelak. Yuran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya terdapat pembatalan penyertaan (non-refundable)
5. Pendaftaran secara online boleh dibuat pada link ini; https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHhraE16MDBHLURRQ0ZtRGFlWW9TRmc6MQ
5. Pendaftaran yang lengkap sahaja akan diterima.
6.Pendaftaran penyertaan akan dibuka bermula daripada hari ini (11 Disember 2012) sehinggalah pada (14 Disember 2012).

" Kamek sayang family PRIMU. Kitak sayang sik? "

Thursday, December 6, 2012

Perjumpaan Mingguan Kelab (5 Disember 2012) - The Memento

Minggu ni tema perjumpaan mingguan Kelab PRIMU ialah The Memento. Sepatutnya tema malam tu Skyfall, namun memandangkan terdapat sedikit kesilapan teknikal, maka tema tersebut akan ditunda pada perjumpaan mingguan kelab akan datang.

Untuk minggu ni, kita ada buat sedikit sesi perkongsian pengalaman, idea dan kisah-kisah yang menarik untuk diceritakan kepada semua. Sape yang tak datang tu memang rugi! :D

 Permulaan The Memento.
 Nassrol kalau nampak kamera konfem terus posing! Haha