Sunday, March 24, 2013

Perjumpaan Mingguan Kelab (20 March 2012) - Kisah Tommy Dan Gorilla!

Berbekalkan kudrat yang ada pada minggu ini, perjumpaan kali ini lebih difokuskan kepada aktiviti memerah otak dan mereka cipta setting/refreshment baru untuk kelab! Sangat menarik sebab dapat memperdengarkan kisah Tommy & Gorilla! dan cheers tepuk" gaya urban! AHAHAHA

Saudara Zhafran dan Qistina on the show!

Wednesday, March 20, 2013

Program Perkasa Jati Diri SMK Simunjan No. 1 Bersama Kelab PRIMU

Sekali lagi, pada 16, 17 dan 18 Mac 2013 Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswan UNIMAS telah menyambut kehadiran 52 orang pelajar tingkatan enam dari SMK Simunjan No. 1 dengan diiringi oleh lima orang guru pengiring yang diketuai oleh Cikgu Sim untuk menyertai satu program Perkasa Jati Diri Bersama Kelab PRIMU. Objektif utama program ini sendiri ialah untuk memperkasakan lagi jati diri, mentaliti dan motivasi adik-adik tingkatan enam dalam menghadapai peperiksaan STPM yang akan datang disamping ingin mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka untuk lebih cemerlang dan gemilang demi ibu bapa dan guru-guru di sekolah.

 
Perkasa Jati Diri SMK Simunjan No.1
Video Editor : Zhafran Zulkifly @ Pure Pixels

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik daripada pelajar-pelajar SMK Simunjan No. 1, banyak aktiviti dan modul yang telah dilaksanakan bersama dan mendapat respons yang sangat baik daripada mereka termasuklah guru-guru pengiring yang hadir.

Beratur dik beratur~ Alalalalala~

Saturday, March 16, 2013

Perjumpaan Mingguan Kelab (13 March 2012) - Rencana Idea & Minda

Perjumpaan pertama Kelab PRIMU! Jyeahh! Permulaan perjumpaan kelab PRIMU dimulakan dengan aktiviti Rencana Idea & Minda di mana aktiviti kali ini berbentuk ilmiah dan intelektual. Modul kali pertama semester ini dikendalikan oleh Abang Long Kecik Syazwan dan Abang Ngah Besar Zulhilmy. Untuk modul kali ini, setiap ahli kelab dikerah untuk merencana idea memerah otak mengeluarkan idea-idea bernas mengenai isu semasa yang sedang berlaku ketika ini.

Setting sebelum permulaan modul dimulakan dengan aktiviti Zussssss Tang! kendalian saudari Hidayu.

Gelak tawa semuanya! AHAHAHA!

Selangkah Ke Universiti Malaysia Sarawak : SMK Bintangor, Sarikei

Pada 1 & 2 Mac 2013, Kelab PRIMU telah mengadakan satu program Selangkah Ke Universiti Malaysia Sarawak khas buat pelajar-pelajar yang terpilih dari SMK Bintangor, Sarikei Sarawak. Objektif utama program tersebut ialah untuk memberikan gambaran sebenar kepada adik-adik SMK Bintangor tentang kehidupan sebenar di kampus universiti di samping memberikan motivasi kepada mereka untuk bersungguh" memegang azam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Antara aktivit yang dilakukan bersama ialah Taaruf, Cak Cak Kenal Tak?Rabun Kuat, Campus Tour dan banyak lagi aktivit menarik dilakukan sepanjang program. Turut memeriahkan lagi suasana ialah Encik Hafizan selaku legend Kelab PRIMU.

Wajah ceria abang & kakak fasi.