Friday, March 12, 2010

BOLING PRIMU

salam..

Dukacita dimaklumkan bahawa PROGRAM BOLING PRIMU EDISI BUANG STRESS DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, program ini akan ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian..

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday, March 11, 2010

Pecahkan Boling Itu...!

Salam...!

Keluarga PRIMU sedia maklum bahawa warga UNIMAS baru sahaja selesai bergelut dengan mid-term dan assignment. Namun masih ada kerja kursus yang masih dalam perjalanan menuju ke tarikh akhir. Semua sedang stressss...!!!!

Oleh itu, apa kata hujung minggu ini ahli-ahli keluarga PRIMU berkumpul di suatu tempat untuk kita tenangkan fikiran...lapangkan dada..buangkan seketika semua permasalahan mengenai kerja kursus yang tengah berserabut....

Semua ahli keluarga PRIMU dijemput untuk hadir ke...:



Tempat : Pusat Bowling UNIMAS


Hari : Sabtu


Masa : 2 petang


Pakaian : Sukan


Bawa bersama kad matrik dan stokin


Ahaaa.... jangan lupa.. ada cop senggang juga ni... ;-)

KAF 2010 (Secebis Kenangan)

Salam...

Pengenalan KAF 2010

Fasilitator adalah salah satu ejen penting dalam sesebuah program. Tugas fasilitator mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan.
Fasilitator membantu peserta melihat masalah dengan jelas dan mencadangkan penyelesaian mudah yang dapat dilakukan oleh peserta. Maka, amat penting bagi sesebuah organisasi untuk memiliki fasilitator yang terlatih supaya segala perancangan program dapat berjalan lancar.

Oleh itu, atas rasa tanggungjawab Kelab PRIMU bercadang untuk menganjurkan KAF yang merupakan satu program asas kepimpinan/fasilitator di mana mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan didedahkan dan diberi kursus mengenai asas-asas dalam kepimpinan dan sebagai fasilitator. KAF akan dikendalikan oleh para peserta yang telah mengikuti program Training of Trainers (TOT) sebagai fasilitator.

Seramai 200 orang pelajar UNIMAS dari pelbagai kelab keterampilan diri, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti-fakulti dijemput untuk terlibat di dalam program ini yang akan dijalankan di UNIMAS. Namun, seramai 160 orang pelajar yang dapat hadir ke kurus in. Program ini akan dikendalikan oleh 10 orang pelajar yang telah mengikuti Kursus Training Of Trainers (TOT)

Objektif

  1. Menjadi persediaan dalam membentuk ‘Liaison Officer’ yang mapan dalam memastikan kelicinan perjalanan Minggu Aluan Pelajar (MAP), sesi kemasukan akan datang
  2. Membentuk siswa dan siswi supaya mempunyai ketajaman mental dan intelektual yang tinggi dalam mengurus dan mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
  3. Menerapkan ilmu fasilitator dalam diri setiap siswa dan siswi Universiti Malaysia Sarawak yang terlibat dengan kursus
  4. Melahirkan mahasiswa yang memiliki‘Towering Personality’ yang merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient)

Syukur kepada Yang Maha Esa.. Kursus yang direncanakan berjaya dan alhamdulilah ia telah mencapai objektif yang kita semua sasarkan. Kepada semua, sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan atau komen-komen anda dialu-alukan untuk mengemukakan kepada kami.

Terima Kasih..

PRIMU Gemilang Sepanjang Zaman...!

KAF 2010 (Bingkasan Kenanagan Bersama)

Antara peserta KAF 2010


Ahli kumpulan bersama Fasilitator -Nurul Deela

Antara Fasilitator KAF 2010
Nurul Deela dan Hisham


Fasilitator KAF 2010
Norhayatuddin, Ammar Haziq dan Robert Jeno


Fasilitator dan AJK KAF 2010
Deela dan Mei Lin


Penerangan daripada Ketua Fasilitator
Norhayatuddin


Sesi Ice-breaking KAF 2010



wajah-wajah ceria peserta KAF 2010







Khusyuk mendengar arahan fasilitator

Hari kedua
pagi - explorace
membina semangat berpasukan

selingan sebelum memulakan program
***game 'botol'

Senaman pagi
sebelum memulakan explorace KAF 2010




Selesaikan tugasan di check point

Modul Penyelesaian masalah

Peserta bekerja dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan


Brainstorming untuk menyelesaikan masalah yang diberikan























Thursday, March 4, 2010

Kursus Traning Of Trainer (TOT)

Peserta-peserta Kursus TOT
MPP + PRS + Penyayang + PRIMU





MPP bersama Fasilitator (dari BTN) dan Puan Noorma (Penasihat PRIMU)








Sesi Amali
Para peserta perlu mereka modul dan mempersembahkan setiap modul untuk dinilai



Sesi : Isu dan Kepimpinan










Sesi Ta'aruf






Setting: Ice-breaking







LDK





Kursus Training of Trainer (TOT)

Dalam melatih kumpulan fasilitator, TOT merupakan jurulatih utama dalam merangka modul, aktiviti dan memantau pelaksanaan sesuatu program atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kumpulan TOT ini merupakan tulang belakang dalam membentuk kumpulan fasilitator yang berkarisma dan berkemampuan mengendalikan kumpulan serta aktiviti dengan jayanya. Kumpulan TOT ini perlu membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam masa yang singkat dalam memastikan objektif sesuatu modul tercapai.

Sehubungan itu, kumpulan TOT haruslah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran khusus bagi membolehkan mereka membimbing rakan-rakan fasilitator yang lain. Pendekatan atau kaedah dalam mengendalikan sesuatu modul adalah sangat penting kepada kumpulan TOT . Kemampuan dan kebolahan seseorang TOT akan memberi impak kepada kemampuan dan kebolehan fasilitator dalam mengendalikan LDK dan modul di masa depan.
Objektif TOT
  1. Membentuk satu pasukan jurulatih fasilitator yang akan menjadi sumber rujukan fasilitator-fasilitator dalam merangka modul dan mengendalikan modul/ latihan dalam kumpulan (LDK) yang berkesan;
  2. Menyediakan jurulatih fasilitator yang akan merangka dan mengikuti beberapa program yang akan dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar
  3. Menerapkan ilmu dan kemahiran sebagai jurulatih fasilitator bagi membimbing kumpulan fasilitator-fasilitator dalam mengendalikan modul/ aktiviti;
  4. Kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan jurulatih fasilitator yang memiliki ‘ToweringPersonality’ yang merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).


Rewind Program Bako


Salah satu view point yang sangat cantik di Bako.
Teluk Pandan Kecil.

Dalam perjalanan ke Teluk pandan Kecil.

Kebetulan berjumpa dengan Mantan Presiden PRIMU sesi 08/09.
En. Hafizan Hashim




Bersedia untuk mendaki...!

Semasa dalam perjalanan ke Taman Negara Bako..
lebih kurang 20 minit naik bot dari Jeti.


AJK Program sedang 'brainstorming' di Jeti sementara menunggu bot.


Barisan AJK Program Bako
Dari kiri Berdiri: Diela, Nur Syahirah, Nur Aisyah, Ahmad Asaqni, Azizi
Duduk dari kiri : Jamal, Nadzirah, Hafiz, Amirul dan Rasheedy
Bersama 39 orang peserta program yang terdiri daripada ahli-ahli PRIMU
di Teluk Pandan Kechil

Barbeku di BAKO..!

Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Teluk Pandan Kechil.
Di kawasan ini merupakan kawasan batu panas.
(tapi tak panas sangat sebab baru lepas hujan.. (>_<)Tapi panas la jugek)


Pantai...di Teluk Pandan Kecil.
Indahnya Ciptaan Tuhan..!


Posing2 nak hilangkan penat.. (kununnya)

Ketika mendaki

Singgah di pantai



Di jeti sebelum berangkat


Baru sampai Bako