Thursday, February 26, 2009

you 1 in the million!!! part 1...

you 1 in the million..



naza.. kmslm beg eh..hehe..



debt , leader from holland.. herm..

leen aka dato' azalina othman..


nobita aka pelakon korea.. handsome desu ne...


felix aka rappers..

to be continued...


Tuesday, February 24, 2009

Selamat Maju Jaya Kumpulan Fasi 2

Salam Sejahtera buat semua KELUARGA PRIMU

Minggu ini, modul "One in A Million & Modul Kepimpinan" akan dikendalikan oleh
Kumpulan FASI 2. Selamat Maju Jaya!!

Ingat!!!
utk pastikan modul ini Cemerlang,
FASI itu sendiri perlu terlebih dahulu
CEMERLANG

-hafiz-

Sunday, February 22, 2009

Perubahan Tarikh Aktiviti/ Modul

Selepas mendapat persetujuan daripada Penasihat PRIMU, En. Zahiruddin Md Jais, berikut adalah beberapa perubahan tarikh bagi aktiviti/ modul PRIMU: 

Nama Program : Trip to Taman Negara BAKO
Penyelaras : Saudara Ahmad Syazwan (Exco Tugas-Tugas Khas)
Tarikh BARU : 6 & 7 Mac 2009

Nama Program : Training of Trainers (TOT) 2009
Penyelaras : Saudara Mohd Hafizan Hashim (Presiden)
Tarikh BARU : 13 - 15 Mac 2009
Tempat : Pusat Latihan UNIMAS, Bau, Sarawak

Nama Program : Kursus Asas Fasilitator (KAF) Siri I
Penyelaras : Saudara YDP MPP, UNIMAS
Tarikh BARU : 21 & 22 Mac 2009

Sila ambil maklum akan perubahan ini dan rancanganlah penglibatan anda.
Sesungguhnya, PRIMU menjanjikan suatu pengalaman yang tidak dapat dijual-beli melalui syarahan di dewan kuliah

-hafiz-


Modul 6: One in A Million & Modul Kepimpinan

Salam Muhibbah untuk seluruh KELUARGA PRIMU.

Sukacita dimaklumkan satu perjumpaan dan aktiviti modul akan dijalankan SEPERTI BIASA
seperti butiran berikut:

Tajuk Modul 
One in A Million & Modul Kepimpinan

Penyelaras 
Mohd Hafizan Hashim

Masa
8.15 malam - 11.00 malam

Tempat
DK, CTF2

Pakaian
Semi-Formal

Nota:
1) Sila bawa bersama 3 keping kertas A4 (putih)  
2) Semasa berjalan ke perjumapaan, cuba fikirkan seorang nama tokoh pemimpin yang ingin dicontohi.

Thursday, February 19, 2009

gambar-gambar modul ketrampilan diri


nobita o obama?? hermm.. confius..

bakal-bakal pemimpin..

cakap jgn x ckp.. =)

mpraktikkan communication skill..


ahli primu wat group n bincang2..


penggerak PRIMU... ala2 football team..
(wan hafiz,syafiq, boy, wani, hafizan, naim,don)


modul cakap-cakap..


judges 4 debate ala parlimen kot.. (leen, wani,don,aishah),n naim di belakang.

grooming.. duduk ala-ala time nak interview..


barisan fasilitator 1 bersama abg hafizan.. =)



thx 2 yun (sekretariat exco modul) 4 the pics..







Modul 5: Ketrampilan Diri

Salam Sejahtera kpd KELUARGA PRIMU.

Hari ini kita telah habiskan satu lagi modul PRIMU :Ketrampilan Diri!!
Aktiviti yang kita da wat, "Cakap-Cakap" -vs- Penampilan.
Mana satu yang lebih penting?

Saya sgt berterima kasih di atas penglibatan aktif peserta-peserta.
Tanpa penglibatan kalian semua, apa lah ertinya satu modul itu.
ingat!!

Apa yang penting adalah pemahaman terhadap sesuatu modul.
Bukan sekadar suka-suka saja.

Erm..
agaknya antara kebolehan berinteraksi dan Penampilan Diri (personaliti) yang mana lebih penting bagi seseorang pemimpin?
erm...

think about it!!!


-hafiz-

Thursday, February 12, 2009

Cendekiawan UNIMAS - Meriahkan blog ini dengan informasi berguna!

Kepada warga UNIMAS sekalian, anda dialu-alukan untuk memberi respon jenis maklumat, pendapat dan komen terhadap isu-isu semasa sama ada berkaitan dengan UNIMAS, isu tempatan, negara, atau antarabangsa yang disiarkan pada laman blog ini. Kami juga sentiasa berusaha untuk menyediakan ruangan yang menarik pada blog ini merangkumi semua jenis kategori artikel iaitu dari aliran sains dan teknologi hinggalah ke aliran seni dan sastera, sejajar dengan visi kelab PRIMU untuk memartabatkan UNIMAS sebagai universiti kelas pertama yang sentiasa kekal bersama budaya berilmiah sambil berhibur.

Kepada semua Majlis Tertinggi, Exco-Exco, dan Sekretriat kelab PRIMU, sila poskan alamat emel anda berserta nama dan jawatan ke ruangan comment blog ini. Saya akan mendaftar emel-emel anda supaya anda boleh membuat penulisan berkenaan kelab PRIMU pada blog ini melalui akaun anda sendiri.

Setelah pos alamat emel, anda akan mendapat jemputan penulisan blog unimasprimu.blogspot.com pada emel anda.

Nota:

1. Anda dikehendaki untuk mendaftar satu akaun Google untuk menghantar pos ke laman comment blog ini. Akaun Google boleh didaftarkan atas mana-mana domain emel. Sebagai contoh, anda tidak mempunyai emel beralamat @gmail.com, anda boleh mendaftar akaun Google menggunakan emel anda yang beralamat (contoh) xxx@yahoo.com atau mana-mana domain selain daripada @gmail.com. Sekiranya anda telah mempunyai akaun Google, anda hanya perlu daftar masuk menggunakan akaun Google anda untuk menghantar pos ke ruangan comment.

2. Seterusnya, setelah saya kemaskini emel anda, anda akan menerima emel daripada saya (Primu Officer) dan mendapat 'hyperlink' ke ruangan daftar penulisan blog unimasprimu.blogspot.com. Sila daftar menggunakan akaun Google yang sedia ada dan anda sudah boleh membuat apa-apa penulisan berkenaan kelab PRIMU, akademik, ko-kurikulum, hal-hal semasa, dan lain-lain lagi.

3. Sama-samalah kita memeriahkan laman blog ini dan menjadi mahasiswa UNIMAS yang kekal bersama informasi terkini.

Kemahiran: Modul Komunikasi (11 Februari 2009)

Semalam (11 Februari 2009, Rabu), kelab PRIMU telah melaksanakan program kemahiran berasaskan modul komunikasi di kalangan semua ahli kelab PRIMU.

Berikutan daripada program tersebut, diharap ahli-ahli kelab PRIMU dapat mempelajari kepentingan dalam komunikasi.

Pendek kata, apa yang dapat kita ringkaskan dari program tersebut ialah pentingnya elemen-elemen komunikasi seperti:
- Respon yang berinformasi dan meyakinkan.
- Bijak berkomunikasi dalam memilih pelbagai alternatif menyampaikan maklumat.

Dr. Fadhilah Kamsah pernah berkata, ketika berkomunikasi haruslah berfikiran baik kerana otak kita akan mengeluarkan gelombang positif yang boleh memperkukuhkan keberkesanan komunikasi antara mana-mana pihak dan tidak menimbulkan ketidaksefahaman.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen mengenai kemahiran komunikasi yang boleh dikongsi bersama. Terima kasih.

BBQ-Jam dijalankan pada 25 Februari 2009

Salam. Ada dua berita baik dan 'kurang baik' ingin disampaikan kepada semua warga unimas khasnya ahli kelab PRIMU.

Berita baik, BBQ-Jam akan diadakan untuk semua ahli-ahli kelab PRIMU pada 25hb Februari 2009 (Rabu), lokasi BBQ adalah di persekitaran kampus UNIMAS dan akan diumumkan kelak.

Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini kepada ahli-ahli kelab PRIMU, kami berhasrat untuk mencatit nama kelab PRIMU dalam Malaysia Book of Records melalui program BBQ besar-besaran yang mampu membuktikan warga Unimas boleh bersatu mencapai kejayaan. Di samping itu, objektif utama kelab PRIMU mengadakan program sedemikian rupa adalah untuk menyatupadukan semua warga UNIMAS daripada semua golongan staf hinggalah ke golongan mahasiswa. Hasrat ini adalah untuk memupuk seluruh warga UNIMAS supaya bermuafakat tidak kira pangkat, bangsa, dan agama. Dengan kata lain, menyatupadukan warga UNIMAS yang terlalu banyak ragam dan tidak dinafikan 'berpuak-puak'. Oleh itu, dengan semangat kekitaan yang kukuh, ragam yang bermacam rupa dan 'puak-puak' ini boleh disatukan dengan satu ideologi iaitu memartabatkan komuniti UNIMAS sebagai komuniti kelas pertama.

Namun, dukacita dimaklumkan bahawa program BBQ-Jam secara besar-besaran pada peringkat universiti terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat peruntukan yang cukup berikutan dengan krisis ekonomi pada masa sekarang. Syarikat-syarikat yang pada awalnya difikirkan berpotensi untuk menyediakan peruntukan memaklumkan kepada kami bahawa mereka terpaksa membatalkan pembiayaan bahan mentah untuk program BBQ-Jam pada semester ini (0809-2). Walau bagaimana pun, BBQ-Jam pada peringkat universti akan ditangguhkan pada suatu tarikh yang bersesuaian.

Oleh yang demikian, program BBQ-Jam hanya akan dilaksanakan pada peringkat kelab PRIMU sahaja dan memerlukan yuran penyertaan daripada ahli-ahli kelab PRIMU yang ingin menyertai program ini. Berikut adalah info mengenai program BBQ-Jam peringkat kelab PRIMU:

- Tarikh: 25 Febuari 2009 (Rabu)
- Masa: 4.30 petang - 11.00 malam
- Tempat: Sekitar kampus UNIMAS (akan diumumkan kemudian)
- Yuran penyertaan: RM 10

Sekiranya anda mempunyai cadangan seperti tempat yang menarik dalam kampus UNIMAS untuk program ini, lain-lain komen, dan pertanyaan, poskan kepada kami di halaman comment blog ini. Terima kasih.


Exco Publisiti