Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) akan membuka pra-pendaftaran kepada ahli-ahli baru bagi pengambilan sesi 2013/2014.
Segala butiran
berkaitan pendaftaran boleh rujuk maklumat dibawah ;
KEAHLIAN
Setiap Pelajar
UNIMAS adalah layak menjadi ahli Kelab Pembimbing Rakan Intelek
Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar UNIMAS yang berdaftar.
- Membayar yuran masuk dan yuran keahlian.
PERMOHONAN
& SYARAT PENERIMAAN MENJADI AHLI
Setiap permohonan
untuk menjadi ahli perlulah menggunakan borang khas yang disediakan
oleh Kelab PRIMU ( rujuk lampiran dibawah). Permohonan yang telah
diluluskan hendaklah membayar yuran masuk setelah mendaftar sebagai
ahli Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU).
BAYARAN
MASUK & YURAN-YURAN
- Keahlian sebagai ahli berdaftar dalam Kelab ‘SAH’ setelah pelajar berkenaan membayar yuran kemasukan sebagai ahli sebanyak RM10.00 serta yuran berulang setiap ahli sebanyak RM5.00 setiap semester.
- Yuran hendaklah dibayar kepada BENDAHARI KEHORMAT, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) sepanjang sesi pendaftaran dibuka.
Sila tekan pada pautan dibawah ini untuk mengisi borang pra-pendaftaran :-
Borang Pra- Pendaftaran Keahlian sesi 2013/2014
1 comment:
salam,cmne nk tahu permohonan lulus atau x??
Post a Comment