Friday, July 5, 2013

Journey To UNIMAS, PRIMU Bantu Pelajar Sekolah Tentu Hala Tuju.


Journey To UNIMAS : The Road To Success yang buat kali ketiga ini telah diadakan oleh Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) pada 26hb - 28hb April 2013 yang lepas.

Video 'wrapped-up' Journey To UNIMAS : The Road To Success oleh Zhafran Zulkifly
 
Kejayaan setiap manusia akan bermula dengan langkah-langkah awal untuk menuju ke arah kecemerlangan. Langkah ini merupakan satu pengalaman yang sukar bagi seseorang individu terutamanya remaja. Atas dasar ini, kami dari pihak Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) yang merupakan salah satu Kelab Kepimpinan wajar sekiranya menghulurkan bantuan dalam setiap langkah yang seharusnya seorang pelajar lalui khususnya pelajar – pelajar sekolah menengah tingkatan lima (5) atau tingkatan enam (6) di luar bandar. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar – pelajar sekolah tersebut berada pada laluan yang positif.

Isu utama yang akan dibincangkan sepanjang program ini merupakan pengurusan kehidupan seorang pelajar setelah meninggalkan alam sekolah menengah. Hal ini penting untuk memastikan pelajar - pelajar tahu akan pilihan yang mereka miliki selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, pengisian program ini juga akan membantu pelajar membangkitkan semangat untuk menjalani peperiksaan SPM / STPM yang bakal menjelang.

Diharapkan dengan bantuan yang diberi oleh tenaga fasilitator yang terlibat dapat menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar – pelajar tersebut. Semoga program ini dapat memberi motivasi disamping menyuntik semangat mereka untuk mengorak langkah seperti mahasiswa dan mahasiswi di UNIMAS.

No comments: