Wednesday, September 18, 2013

Penyertaan Keahlian Untuk Ahli Baru Sesi 2013/2014 !


Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) akan membuka pra-pendaftaran kepada ahli-ahli baru bagi pengambilan sesi 2013/2014.
Segala butiran berkaitan pendaftaran boleh rujuk maklumat dibawah ;
KEAHLIAN
Setiap Pelajar UNIMAS adalah layak menjadi ahli Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut :
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar UNIMAS yang berdaftar.
  3. Membayar yuran masuk dan yuran keahlian.
PERMOHONAN & SYARAT PENERIMAAN MENJADI AHLI
Setiap permohonan untuk menjadi ahli perlulah menggunakan borang khas yang disediakan oleh Kelab PRIMU ( rujuk lampiran dibawah). Permohonan yang telah diluluskan hendaklah membayar yuran masuk setelah mendaftar sebagai ahli Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU).

BAYARAN MASUK & YURAN-YURAN
  1. Keahlian sebagai ahli berdaftar dalam Kelab ‘SAH’ setelah pelajar berkenaan membayar yuran kemasukan sebagai ahli sebanyak RM10.00 serta yuran berulang setiap ahli sebanyak RM5.00 setiap semester.
  2. Yuran hendaklah dibayar kepada BENDAHARI KEHORMAT, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) sepanjang sesi pendaftaran dibuka.

Sila tekan pada pautan dibawah ini untuk mengisi borang pra-pendaftaran :-

Borang Pra- Pendaftaran Keahlian sesi 2013/2014

1 comment:

Nur Fakhirah Qurratu'ain binti Zuhaidi said...

salam,cmne nk tahu permohonan lulus atau x??