Wednesday, November 14, 2012

Program Siri Jelajah Borneo 2 : Jom Tawan Gunung Santubong Sukses!


Pada 30 Oktober 2012 yang lepas, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) telah melaksanakan satu program iaitu Siri Jelajah Borneo 2 : Gunung Santubong. Seramai 45 orang peserta yang telah mengikuti program ini termasuk dengan penyertaan beberapa orang pemandu arah yang dibawa khas dari luar untuk mengetuai pendakian ke puncak Gunung Santubong.
Presiden mengetuai Kumpulan 3.

Setibanya peserta di kaki Gunung Santubong, peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang sama rata bilangan ahlinya. Tanpa membuang masa, satu sesi warming-up yang diketuai oleh saudara Aminurrashid dilakukan bagi merenggangkan otot-otot para peserta. Sebelum mendaki, satu sesi taklimat ringkas diberikan yang merangkumi beberapa peringatan semula kepada para peserta. Pendakian dimulakan dengan Kumpulan 1, dan diikuti dengan Kumpulan 2, 3, 4 dan 5 mengikut turutan. Pada masa yang sama, beberapa modul seperti Sayang Si Pendaki, Leaving Leaves Behind dan Kenali Kawan, Kenali Keluarga dilaksanakan dengan diketuai oleh saudara Zulhilmy Manan.
Masing-masing penat di salah satu checkpoint.

Setibanya di puncak, semua peserta segera melaksanakan tuntutan solat fardhu Zuhur secara berjemaah dan kemudiannya mengadakan satu sesi dokumentasi dan fotografi sesama perserta sendiri. Lebih kurang dalam pukul 2.00 petang selepas selesai berehat, para peserta segera turun kembali ke kaki gunung. Perjalanan turun juga agak mencabar dengan kewujudan akar-akar yang licin dan tangga-tangga yang banyak menggunakan tenaga tangan dan kaki para peserta.
Puas dan bangga!

Tahniah kepada semua peserta!

Setibanya di kaki gunung, para peserta merehatkan diri sebelum bertolak pulang ke UNIMAS pada pukul 6.15 petang. InsyaAllah, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) akan mengadakan lagi program-program yang mencabar ketahanan mental dan fizikal sebegini lagi. Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menawan puncak Gunung Santubong!

No comments: