Thursday, November 22, 2012

Watikah Perlantikan Majlis Tertinggi, Exco & Sekretariat Kelab PRIMU

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana Majlis Watikah Perlantikan Majlis Tertinggi, Exco & Sekretariat Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS yang diadakan pada semalam, 21 November 2012 berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Majlis tersebut diadakan sebagai penanda aras kesahihan jawatan majlis tertinggi, exco-exco dan sekretariat yang baru sahaja dipegang oleh ahli-ahli kelab. Dengan berakhirnya bacaan ikrar yang diketuai oleh saudara Syazwan Yaacob, maka dengan itu secara rasminya telah sah pelantikan tersebut. Antara yang turut dijemput ialah penasihat kelab, Kak Ninie dan mantan penasihat kelab, Abang Hafiz serta mantan-mantan barisan kepimpinan Kelab PRIMU yang lepas.

 Pengerusi Majlis, saudara Zulhilmy Manan mengetuai majlis.
Presiden, Penasihat & Abang Hafiz.

 Ucapan daripada Syazwan Yaacob ringkas, padat tapi bermakna.
Semua serius angkat ikrar. Hehe
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Mantan barisan kepimpinan yang lepas.
 Penyerahan watikah perlantikan kepada penasihat kelab, kak Ninie.
 Semuanya ohsem" belaka! :D




No comments: