Saturday, October 20, 2012

Pendaftaran Siri Jelajah Borneo 2 : Jom Tawan Santubong kini telah dibuka!

Assalamualaikum dan salam sayang PRIMU.


InsyaAllah pada 30 Oktober 2012 bersamaan hari Selasa, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) akan mengadakan program Siri Jelajah Borneo 2 : Jom Tawan Santubong. Berikut adalah butiran tentang program tersebut:


Tarikh : 30 Oktober 2012 (Hari Selasa)
Masa : 7.00 pagi  - 6.30 petang
Tempat : Gunung Santubong, Kuching
Bayaran penyertaan : RM10 seorang sahaja.

Terma dan syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada ahli rasmi Kelab PRIMU yang telah berdaftar sahaja.
2. Kuota penyertaan adalah terhad kepada 40 orang yang terawal.
3. Menggunakan sistem first come first serve basis namun tapisan akan dibuat mengikut piawaian yang telah ditetapkan seperti syarat ketahanan fizikal (fitness level) dan tahap kesihatan.
4.Demi keselamatan dan pelancaran program, Kelab PRIMU TIDAK MENGGALAKKAN ahli kelab yang berada paras obesiti untuk menyertai program ini. Rasionalnya kerana keadaan geografi Gunung Santubong yang terlalu mencabar dan ekstrem. Ahli kelab yang tidak berpeluang boleh cuba menyertai program-program Siri Jelajah Borneo 2 yang lain selepas ini.
5. Bayaran duit pendaftaran sebanyak RM10 seorang boleh dibuat kepada saudari Nurhayati semasa perjumpaan pertama peserta yang akan dimaklumkan kelak. Duit yang telah dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya terdapat pembatalan penyertaan (non-refundable)
6. Pendaftaran boleh dibuat secara online pada link ini : https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dF9HS0x5R253VGI4QVVnR1ZBLVd2dkE6MQ
5. Pendaftaran yang lengkap dan menepati piawaian yang ditetapkan sahaja yang akan diterima.
6. Pendaftaran penyertaan akan dibuka sehingga hari Isnin ini bersamaan 22 Oktober 2012.

"Kamek sayang family PRIMU" :)

2 comments:

NURUL JANNAH AZHAR said...

Jom tawan santubong memang menarik minat saya... saya suka ikut aktiviti2 lasak n mencabar... cuma xberkesempatan shja.. jd sya ingin cuba.. xsabar nak join..

Miz De Sum said...

Em, yg bkn ahli PRIMU x blh join ke?