Tuesday, October 2, 2012

Maklumat Pendaftaran Ahli PRIMU


Salam SAYANG PRIMU,

Maklumat kepada semua ahli baru yang berminat untuk menjadi ahli Kelab PRIMU, anda diminta membuat "PRA-PENDAFTARAN" sepertimana yang sudah diberitahu pada sesi perjumpaan mingguan Kelab PRIMU tempoh hari.

PRA-PENDAFTARAN ini akan dibuka selama tempoh yang telah ditetapkan oleh Kelab, dimana Kami telah membuka PRA-PENDAFTARAN selama 1 minggu untuk anda membuat PRA-PENDAFTARAN.

PRA-PENDAFTARAN ini juga termaktub untuk AHLI LAMA kelab PRIMU

SETELAH selesai proses itu, baru kita akan memasuki proses "PENDAFTARAN" sebenar bagi semua ahli baru yang berminat semasa sesi PERJUMPAAN MINGGUAN Kelab. Sesi PENDAFTARAN ini akan disertakan dengan "BAYARAN" yuran bagi setiap ahli berdasarkan maklumat dibawah :

  • RM10 = Pendaftaran ahli baru
  • RM 5  = Yuran ulangan setiap semester (ahli lama)
# Tertakluk pada "PERLEMBAGAAN KELAB PEMBIMBING RAKAN INTELEK MAHASISWA UNIMAS"- (PRIMU).


 MASALAH-MASALAH YANG BIASA BERLAKU SETIAP SEMESTER SEMASA SESI PENDAFTARAN.

1. Tidak dapat hadir pada sesi "PENDAFTARAN?
  • mempunyai kelas pada waktu tersebut
  • terlibat dengan aktiviti kolej/fakulti/program 
  • masalah kesihatan
2.  Membuat PENDAFTARAN bagi mewakili rakan anda yang tidak dapat hadir?


 RESOLUSI DARI KAMI..

1. ANDA diminta untuk melaporkan sendiri masalah anda kepada mana-mana wakil ORGANISASI
    TERTINGGI Kelab PRIMU termasuk barisan EXCO sebagai rujukan kami (Kelab).

2. CARA bagaimana anda boleh berhubung mengenai masalah ini ialah :
  • Datang pada perjumpaan mingguan Kelab PRIMU
  • Layari Group Facebook Kelab & utarankan masalah anda kepada kami supaya kami sedia maklum
  • Berhubung terus kepada mana-mana wakil Majlis Tertinggi (MT) dan barisan ECXO kelab sebelum waktu "PENDAFTARAN" ahli ditutup secara rasmi.
3. Kami tidak GALAKAN anda membuat pendaftaran ahli bagi MEWAKILKAN rakan anda.
    Tujuannya adalah untuk mengelak dari timbul maslah-masalah yang tidak dijangka dari
    kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana ianya melibatkan isu pembayaran.

4. JIKA anda gagal berbuat demikian, pendaftaran anda tidak akan kami TERIMA.
    (tertakluk pada syarat-syarat yang dinyatakan diatas)

 
" KEIKHLASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI "


AMANAT PRESIDEN KELAB PRIMU.















No comments: