Tuesday, August 24, 2010

Jom Belajar membuat Modul sesi 2


Aha!!! UniT ModuL kemBaLi Lagi...kaLi niE kaMi dari UniT ModuL akan membantu anda semua mengenai ModuL Ice-Breaking....hem....apa Itu ModuL Ice-Breaking?? secara ringkasnya ModuL Ice-Breaking ini berfungsi untuk membina kepercayaan antara satu sama lain supaya dapat membuka ruang yang lebih besar lagi kepada ahli-ahli untuk berinteraksi dan berkomunikasi walaupun sebelum ini mereka tidak kenal secara rapat.... ModuL ice-breaking ini dapat membantu mengurangkan perasaan malu dan rasa tidak selesa di dalam diri peserta...Dengan ini, kami di UniT ModuL berbesar hati untuk memberi salah satu contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk ModuL Ice-breaking.

Tajuk: Kite Sama Ke?

Masa: 30minit

Alat: 10 kertas set nombor dari no 1-10 yang menggambarkan 5 jenis haiwan ayam, kucing, harimau,

kambing dan itik serta lain-lain yang akan digambarkan di dalam slide.

Bilangan ahli: 20 atau lebih ahli

Langkah:

1. Sediakan kad bernombor daripada 1-10 bagi 1 kategori haiwan

2. Edarkan kad tersebut kepada ahli da beritahu jangan menunjukkan kad masing-masing kepada rakan mereka.

3. Setiap nombor melambangkan kategori haiwan:

1 dan 9:kucing

3 dan 7:lembu

4 dan 6:harimau

2 dan 8:itik

5 dan 10:kambing

4. Dalam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. 5.

  1. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.

6. Terangkan kepada mereka yang sebuah kumpulan okestra akan ditubuhkan dengan muzik berunsur bunyian haiwan.

7. Fasilitator akan menjadi konduktor muzik dengan menunjukkan kumpulan tertentu. Apabila konduktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu harus membunyikan bunyi binatangnya. Lakukan sehingga mendapat keseragaman di dalam kumpulan.

Objektif:

1. Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut @ malu berinteraksi dalam kumplan

2. Melakukan sesi suai kenal peringkat awal iaitu Ta’aruf

3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi.

No comments: