Wednesday, August 18, 2010

PROLOG Sambutan 10th PRIMU

Salam..!

Kali ni kita cerita pasal Prolog Sambutan 10th PRIMU yang telah diadakan pada awal semester ni iaitu pada hari pendaftaran senggang semua kelab. Kalau ahli keluarga PRIMU semua maklum la... masa tu, booth PRIMU yang agak happening dengan belon-belon segala bagai...

Bukan apa.. dah nama pun kita nak celebrate ulang tahun kan? mestilah kena ceria..! betul tak?

Sebenarnya, kalau anda semua nak tahu juga, disamping kita menyambut 10th PRIMu, pada masa itu juga kita mengadakan sedikit jamuan perpisahan untuk Mantan Presiden PRIMU sesi 2008/2009 yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat Masters di Chicago. Ia sebagai ingatan tulus ikhlas kepada ahli keluarga kita yang akan berada jauh di rantauan nanti...

Alhamdulilah, ketika itu, perjalanan program lancar dan meriah. Di harapkan ahli-ahli keluarga PRIMU semua dapat memberikan komitmen yang tinggi dan dapat menaikkan nama PRIMU.
Mari kita rapatkan ukhwah kekeluargaan PRIMU..!

Sibuk dengan sesi pendaftaran
Semasa Sesi pendaftaran
dari kiri: Khaddraa, Nur Aisyah, Nurul Diela, Nur Syahirah, Siti Fairus
Belakang: Norhisham

Pemberian hadiah kenang-kenangan kepada Abang Hafizan
[Sedih juga masa ni....]


Mantap...

Taaarraaa... Kek Istimewa PRIMU..!

No comments: