Tuesday, October 5, 2010

PRIMU Di AidilFitri

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua daripada kami Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS.
Ampun maaf diucapkan jika tersilap kata atau apa yang kurang harap dimaafkan.
Dalam bulan Syawal ini, kami berkesempatan mengadakan Aidilfitri PRIMU pada Sabtu yang lepas, 2 Oktober 2010.
Pada hari kejadian, kami mengadakan gotong-royong untuk memasak segala lauk-pauk untuk program kami.
Antara lauk-pauk yang kami sediakan ialah Ayam Masak Merah, Nasi Himpit, Kuah Kacang, Lotong @ Kuah Ladeh, Mee Goreng dan Minuman.
Masak-masak krew!!!
Amik jap~
Kak Syira jadi mak masa nie~
Kak Syira dok tengok ja~
Antara ahli PRIMU yang turut membantu dalam potong-memotong dan masak-memasak.
Nasi himpit yang telah siap dimasak oleh sahabat kami.
Ayam Masak Merah masakan dari KaelDean.
Hah nie ketupat anyaman sendiri dari KaelDean.

Kami mulakan majlis selepas solat ISYAK.
Kami turut menjemput ahli surau untuk turut menjamu selera.
Apapa pun, segala komen tentang masakan kami adalah memuaskan dan semua masakan turut licin habis semua.
Alhamdulillah kerna program kami berjalan dengan lancar dan kami turut bergotong-royong mengemas segala peralatan yang digunakan selepas program.

*Harap dimaafkan sekiranya tersalah eja Lotong @ Kuah Ladeh ea...
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

No comments: