Tuesday, October 5, 2010
PRIMU Di AidilFitri

Ampun maaf diucapkan jika tersilap kata atau apa yang kurang harap dimaafkan.
Dalam bulan Syawal ini, kami berkesempatan mengadakan Aidilfitri PRIMU pada Sabtu yang lepas, 2 Oktober 2010.
Pada hari kejadian, kami mengadakan gotong-royong untuk memasak segala lauk-pauk untuk program kami.
Antara lauk-pauk yang kami sediakan ialah Ayam Masak Merah, Nasi Himpit, Kuah Kacang, Lotong @ Kuah Ladeh, Mee Goreng dan Minuman.

Kami mulakan majlis selepas solat ISYAK.
Kami turut menjemput ahli surau untuk turut menjamu selera.
Apapa pun, segala komen tentang masakan kami adalah memuaskan dan semua masakan turut licin habis semua.
Alhamdulillah kerna program kami berjalan dengan lancar dan kami turut bergotong-royong mengemas segala peralatan yang digunakan selepas program.
*Harap dimaafkan sekiranya tersalah eja Lotong @ Kuah Ladeh ea...
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Tuesday, August 24, 2010
Jom Belajar membuat Modul sesi 2

Tajuk: Kite Sama Ke?
Masa: 30minit
Alat: 10 kertas set nombor dari no 1-10 yang menggambarkan 5 jenis haiwan ayam, kucing, harimau,
kambing dan itik serta lain-lain yang akan digambarkan di dalam slide.
Bilangan ahli: 20 atau lebih ahli
Langkah:
1. Sediakan kad bernombor daripada 1-10 bagi 1 kategori haiwan
2. Edarkan kad tersebut kepada ahli da beritahu jangan menunjukkan kad masing-masing kepada rakan mereka.
3. Setiap nombor melambangkan kategori haiwan:
1 dan 9:kucing
3 dan 7:lembu
4 dan 6:harimau
2 dan 8:itik
5 dan 10:kambing
4. Dalam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. 5.
- Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.
6. Terangkan kepada mereka yang sebuah kumpulan okestra akan ditubuhkan dengan muzik berunsur bunyian haiwan.
7. Fasilitator akan menjadi konduktor muzik dengan menunjukkan kumpulan tertentu. Apabila konduktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu harus membunyikan bunyi binatangnya. Lakukan sehingga mendapat keseragaman di dalam kumpulan.
Objektif:
1. Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut @ malu berinteraksi dalam kumplan
2. Melakukan sesi suai kenal peringkat awal iaitu Ta’aruf
3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi.
Wednesday, August 18, 2010
AGM datang lagi...!
Kepada semua ahli keluarga PRIMU, diumumkan bahawa Annual Grand Meeting (AGM) PRIMU Sesi 2010/2011 akan diadakan pada:
Pilihan di tangan anda untuk memilih pemimpin PRIMU Sesi 2010/2011.
PROLOG Sambutan 10th PRIMU
Kali ni kita cerita pasal Prolog Sambutan 10th PRIMU yang telah diadakan pada awal semester ni iaitu pada hari pendaftaran senggang semua kelab. Kalau ahli keluarga PRIMU semua maklum la... masa tu, booth PRIMU yang agak happening dengan belon-belon segala bagai...
Bukan apa.. dah nama pun kita nak celebrate ulang tahun kan? mestilah kena ceria..! betul tak?
Sebenarnya, kalau anda semua nak tahu juga, disamping kita menyambut 10th PRIMu, pada masa itu juga kita mengadakan sedikit jamuan perpisahan untuk Mantan Presiden PRIMU sesi 2008/2009 yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat Masters di Chicago. Ia sebagai ingatan tulus ikhlas kepada ahli keluarga kita yang akan berada jauh di rantauan nanti...
Alhamdulilah, ketika itu, perjalanan program lancar dan meriah. Di harapkan ahli-ahli keluarga PRIMU semua dapat memberikan komitmen yang tinggi dan dapat menaikkan nama PRIMU.
Mari kita rapatkan ukhwah kekeluargaan PRIMU..!

Friday, August 13, 2010
Jom Belajar membuat Modul sesi 1
Wednesday, August 11, 2010
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

kepada semua warga PRIMU yang beragama Islam....semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita semua dapat mengukuhkan ukwah sesama manusia...walaupun bulan ramadhan telah tiba..aktiviti PRIMU masih dijalankan seperti biasa...tetapi masa bermulanya program akan bermula pada pukul 9 malam...
malah kepada warga PRIMU pastikan anda jangan melepaskan peluang menyertai program PRIMU yang akan dijalankan di luar kampus.... untuk maklumat lanjut sila rujuk notis di setiap kolej...facebook PRIMU...dan juga sudah semestinya blog PRIMU....hehehehehehehehe....
Bersempena dengan 1 Ramadhan ini..kami wakil dari MT dan EXCO PRIMU ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan....
Monday, August 9, 2010
koleksi terbaru~~


Sunday, August 8, 2010
Edisi ke-2 gelak suka ria pecah perut tali kecapi PRIMU


edisi seLayang pAndAng





Saturday, August 7, 2010
Selayang Pandang


Thursday, August 5, 2010
TAk KenAL maKA Tak CiNta
huhuhuhu…jom la kawan-kawan kita BerkenALan dengan barisan Pimpinan PRIMU dari sesi 2008/2009 hingga sesi 2009/2010..untuk sesi yang sebelumnya kami akan usahakan untuk mencari data dan juga maklumat mengenai barisan Pimpinan PRIMU yang terdahulu…