
Tajuk: Kite Sama Ke?
Masa: 30minit
Alat: 10 kertas set nombor dari no 1-10 yang menggambarkan 5 jenis haiwan ayam, kucing, harimau,
kambing dan itik serta lain-lain yang akan digambarkan di dalam slide.
Bilangan ahli: 20 atau lebih ahli
Langkah:
1. Sediakan kad bernombor daripada 1-10 bagi 1 kategori haiwan
2. Edarkan kad tersebut kepada ahli da beritahu jangan menunjukkan kad masing-masing kepada rakan mereka.
3. Setiap nombor melambangkan kategori haiwan:
1 dan 9:kucing
3 dan 7:lembu
4 dan 6:harimau
2 dan 8:itik
5 dan 10:kambing
4. Dalam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. 5.
- Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.
6. Terangkan kepada mereka yang sebuah kumpulan okestra akan ditubuhkan dengan muzik berunsur bunyian haiwan.
7. Fasilitator akan menjadi konduktor muzik dengan menunjukkan kumpulan tertentu. Apabila konduktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu harus membunyikan bunyi binatangnya. Lakukan sehingga mendapat keseragaman di dalam kumpulan.
Objektif:
1. Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut @ malu berinteraksi dalam kumplan
2. Melakukan sesi suai kenal peringkat awal iaitu Ta’aruf
3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi.