Thursday, March 11, 2010

KAF 2010 (Secebis Kenangan)

Salam...

Pengenalan KAF 2010

Fasilitator adalah salah satu ejen penting dalam sesebuah program. Tugas fasilitator mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan.
Fasilitator membantu peserta melihat masalah dengan jelas dan mencadangkan penyelesaian mudah yang dapat dilakukan oleh peserta. Maka, amat penting bagi sesebuah organisasi untuk memiliki fasilitator yang terlatih supaya segala perancangan program dapat berjalan lancar.

Oleh itu, atas rasa tanggungjawab Kelab PRIMU bercadang untuk menganjurkan KAF yang merupakan satu program asas kepimpinan/fasilitator di mana mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan didedahkan dan diberi kursus mengenai asas-asas dalam kepimpinan dan sebagai fasilitator. KAF akan dikendalikan oleh para peserta yang telah mengikuti program Training of Trainers (TOT) sebagai fasilitator.

Seramai 200 orang pelajar UNIMAS dari pelbagai kelab keterampilan diri, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti-fakulti dijemput untuk terlibat di dalam program ini yang akan dijalankan di UNIMAS. Namun, seramai 160 orang pelajar yang dapat hadir ke kurus in. Program ini akan dikendalikan oleh 10 orang pelajar yang telah mengikuti Kursus Training Of Trainers (TOT)

Objektif

  1. Menjadi persediaan dalam membentuk ‘Liaison Officer’ yang mapan dalam memastikan kelicinan perjalanan Minggu Aluan Pelajar (MAP), sesi kemasukan akan datang
  2. Membentuk siswa dan siswi supaya mempunyai ketajaman mental dan intelektual yang tinggi dalam mengurus dan mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
  3. Menerapkan ilmu fasilitator dalam diri setiap siswa dan siswi Universiti Malaysia Sarawak yang terlibat dengan kursus
  4. Melahirkan mahasiswa yang memiliki‘Towering Personality’ yang merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient)

Syukur kepada Yang Maha Esa.. Kursus yang direncanakan berjaya dan alhamdulilah ia telah mencapai objektif yang kita semua sasarkan. Kepada semua, sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan atau komen-komen anda dialu-alukan untuk mengemukakan kepada kami.

Terima Kasih..

PRIMU Gemilang Sepanjang Zaman...!

1 comment:

chaca said...

yeah!! thankx a lot pada sume....terutama FASI2...hayat(ketua fasi), sham, syira, farah, robert, diela,fairus,asaqni,jamal n amar!!! thankz coz membantu melaksanakan tugas sayer....ajk prgm pun x dilupakan gak...korg byk membantu kami di unit MODUL...thankx bebanyak k...n kepada peserta...anda memang yang terpilih...bile sayer kate "JEPUN"