Thursday, March 4, 2010

Kursus Traning Of Trainer (TOT)

Peserta-peserta Kursus TOT
MPP + PRS + Penyayang + PRIMU





MPP bersama Fasilitator (dari BTN) dan Puan Noorma (Penasihat PRIMU)








Sesi Amali
Para peserta perlu mereka modul dan mempersembahkan setiap modul untuk dinilai



Sesi : Isu dan Kepimpinan










Sesi Ta'aruf






Setting: Ice-breaking







LDK





Kursus Training of Trainer (TOT)

Dalam melatih kumpulan fasilitator, TOT merupakan jurulatih utama dalam merangka modul, aktiviti dan memantau pelaksanaan sesuatu program atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kumpulan TOT ini merupakan tulang belakang dalam membentuk kumpulan fasilitator yang berkarisma dan berkemampuan mengendalikan kumpulan serta aktiviti dengan jayanya. Kumpulan TOT ini perlu membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam masa yang singkat dalam memastikan objektif sesuatu modul tercapai.

Sehubungan itu, kumpulan TOT haruslah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran khusus bagi membolehkan mereka membimbing rakan-rakan fasilitator yang lain. Pendekatan atau kaedah dalam mengendalikan sesuatu modul adalah sangat penting kepada kumpulan TOT . Kemampuan dan kebolahan seseorang TOT akan memberi impak kepada kemampuan dan kebolehan fasilitator dalam mengendalikan LDK dan modul di masa depan.
Objektif TOT
  1. Membentuk satu pasukan jurulatih fasilitator yang akan menjadi sumber rujukan fasilitator-fasilitator dalam merangka modul dan mengendalikan modul/ latihan dalam kumpulan (LDK) yang berkesan;
  2. Menyediakan jurulatih fasilitator yang akan merangka dan mengikuti beberapa program yang akan dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar
  3. Menerapkan ilmu dan kemahiran sebagai jurulatih fasilitator bagi membimbing kumpulan fasilitator-fasilitator dalam mengendalikan modul/ aktiviti;
  4. Kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan jurulatih fasilitator yang memiliki ‘ToweringPersonality’ yang merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).


No comments: