Friday, December 12, 2014

Tahniah Diucapkan Kepada Majlis Tertinggi & Exco-Exco Kelab PRIMU Sesi 2014/2015!



Hai semua, Assalamualaikum! Apa khabar?
Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita kini blog Kelab PRIMU kembali untuk menyinari hari hari anda dengan berita terkini dan sahih dari kelab ini.
Okay, untuk post yang pertama buat tahun 2014 ini kami ingin memperkenalkan kepimpinan yang baru untuk kelab PRIMU dan setelah diadakan Annual Grand Meeting yang lalu, melalui undian yang telah dibuat oleh ahli - ahli kelab maka mereka yang telah disenaraikan telah berjaya memenangi tempat dalam organisasi kelab ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi & Exco-Exco Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) Sesi 2014/2015!

Presiden :
Zubir Bin Marsan

Timbalan Presiden :
Muhammad Faiz Bin Mohd Zaidi

Setiausaha Agung I :
Fatin Nurizzati Binti Md Fadir

Setiausaha Agung II :
Nur Syafiqah Binti Kamaruddin

Bendahari :
Nazhatul Faziera Binti Zainuddin

Exco Modul :
Muhammad Raziq Bin Abd Rahman

Exco Akiviti & Latihan :
Aiman Rafiuddin Bin Ramlan

Exco Publisiti & Dokumentasi :
Nur Nazurah Binti Rosli

Exco Logistik :
Syed Fathuridhwan Bin Syed Anwar

Exco Perhubungan Luar :
Wan Nurulafaf Naili Binti Wan Azman

Exco Tugas-Tugas Khas :
Muhammad Syauqi Bin Sholehudin

Semoga Kelab PRIMU terus kekal maju dan cemerlang dibawah tampuk kepimpinan mereka! 

Wednesday, September 18, 2013

Penyertaan Keahlian Untuk Ahli Baru Sesi 2013/2014 !


Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) akan membuka pra-pendaftaran kepada ahli-ahli baru bagi pengambilan sesi 2013/2014.
Segala butiran berkaitan pendaftaran boleh rujuk maklumat dibawah ;
KEAHLIAN
Setiap Pelajar UNIMAS adalah layak menjadi ahli Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut :
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar UNIMAS yang berdaftar.
  3. Membayar yuran masuk dan yuran keahlian.
PERMOHONAN & SYARAT PENERIMAAN MENJADI AHLI
Setiap permohonan untuk menjadi ahli perlulah menggunakan borang khas yang disediakan oleh Kelab PRIMU ( rujuk lampiran dibawah). Permohonan yang telah diluluskan hendaklah membayar yuran masuk setelah mendaftar sebagai ahli Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU).

BAYARAN MASUK & YURAN-YURAN
  1. Keahlian sebagai ahli berdaftar dalam Kelab ‘SAH’ setelah pelajar berkenaan membayar yuran kemasukan sebagai ahli sebanyak RM10.00 serta yuran berulang setiap ahli sebanyak RM5.00 setiap semester.
  2. Yuran hendaklah dibayar kepada BENDAHARI KEHORMAT, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) sepanjang sesi pendaftaran dibuka.

Sila tekan pada pautan dibawah ini untuk mengisi borang pra-pendaftaran :-

Borang Pra- Pendaftaran Keahlian sesi 2013/2014

Friday, July 5, 2013

Journey To UNIMAS, PRIMU Bantu Pelajar Sekolah Tentu Hala Tuju.


Journey To UNIMAS : The Road To Success yang buat kali ketiga ini telah diadakan oleh Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) pada 26hb - 28hb April 2013 yang lepas.

Video 'wrapped-up' Journey To UNIMAS : The Road To Success oleh Zhafran Zulkifly
 
Kejayaan setiap manusia akan bermula dengan langkah-langkah awal untuk menuju ke arah kecemerlangan. Langkah ini merupakan satu pengalaman yang sukar bagi seseorang individu terutamanya remaja. Atas dasar ini, kami dari pihak Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) yang merupakan salah satu Kelab Kepimpinan wajar sekiranya menghulurkan bantuan dalam setiap langkah yang seharusnya seorang pelajar lalui khususnya pelajar – pelajar sekolah menengah tingkatan lima (5) atau tingkatan enam (6) di luar bandar. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar – pelajar sekolah tersebut berada pada laluan yang positif.

Isu utama yang akan dibincangkan sepanjang program ini merupakan pengurusan kehidupan seorang pelajar setelah meninggalkan alam sekolah menengah. Hal ini penting untuk memastikan pelajar - pelajar tahu akan pilihan yang mereka miliki selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, pengisian program ini juga akan membantu pelajar membangkitkan semangat untuk menjalani peperiksaan SPM / STPM yang bakal menjelang.

Diharapkan dengan bantuan yang diberi oleh tenaga fasilitator yang terlibat dapat menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar – pelajar tersebut. Semoga program ini dapat memberi motivasi disamping menyuntik semangat mereka untuk mengorak langkah seperti mahasiswa dan mahasiswi di UNIMAS.

Saturday, April 13, 2013

Matang Exposure 1.0 : Picnic PRIMU Kini Kembali!

Kami, Gerakan Mahasiswa Tak Balik Rumah (GMTBR) berjaya mengisi masa lapang dengan bersantai mandi-manda di Matang WildLife Park! (10 April 2013) In b4, "Untunglah tak balik rumaaaaaah". AHAHAHAHA

 Zulhilmy over excited. Haha
Manakala Naim maintain cute dan cool #eh?

Perjumpaan Mingguan Kelab (03 April 2013 2012) - Kekuatan Kesarjanaan

Maaf! Maaf! Lambat update kali ni. Biasa lah, sibuk dengan exam semua tu. Hihi anyway yang this week punya perjumpaan, Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahsiswa UNIMAS (PRIMU) cuba menekankan aspek kesarjanaan dalam modul mereka. So macam" lah yang dibuatnya, basuh baju lah, jemur baju lah, hakka perang gedik lah, Jamu Lenovo lah dan persembahan" lain. Haha rugi sape yang tak pergi!

Chik chik, Kak Ton jemur baju!