BAU: Persatuan Mahasiswa
Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan
kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya
membuat aktiviti khidmat masyarakat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk
menerusi program Bakti Siswa Perundangan “Budi Disemai Kasih Dibaja II” di Kampung Opar, Bau, Sarawak yang diketuai oleh pengarah program iaitu Saudara
Muhammad Faizal Bin Che Saad dari UUM dan pengarah bersama Saudara Muhamad
Zulhilmy Bin Abd Manan dari UNIMAS.
Montaj penuh Budi Disemai, Kasih Dibaja 2

Kelab PRIMU gumbiraaa menyambut delegasi dari UUM.
Selama empat hari, program ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi kepada aktiviti luar kampus bersama masyarakat luar bandar khususnya di Sarawak ini. Ini juga adalah salah satu usaha bersama untuk mempromosikan UUM, memberi khidmat nasihat dan maklumat perundangan serta mengenali lebih mendalam tentang budaya masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak.
Seramai 22 orang pelajar daripada Persatuan
Mahasiswa Undang-Undang dan 4 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
dari UUM telah mengikuti program ini serta seramai 27 orang pelajar daripada
Kelab PRIMU dan 2 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan wakil
dari UNIMAS. Di Kampung Opar, kesemua pelajar ini telah dibahagikan kepada 12
keluarga angkat yang merupakan etnik Bidayuh yang terlibat dalam program ini.
Setiap keluarga menerima 4-5 orang anak
angkat yang merupakan gabungan daripada pelajar dari UUM dan UNIMAS.
Antara aktiviti khidmat masyarakat
yang dijalankan di kampung tersebut adalah memperbaharui cat dewan balai raya,
membersihkan rumah gawai, tadika dan surau serta rewang bersama orang kampung
membuat makanan tengah hari dan malam. Selain itu, mahasiswa juga berpeluang
membuat aktiviti santai bersama keluarga angkat seperti bersawah, menyawit
kelapa sawit, melawat kebun buah-buahan dan sayur-sayuran serta melawat ladang
binatang ternakan yang diusahakan oleh keluarga angkat sendiri dan secara tidak
langsung, mengetahui sumber pendapatan penduduk kampung.
Sesi suapan mesara :3
Selepas berkampung di Kampung Opar
selama 3 hari 2 malam, pelajar dari UUM telah bermalam semalaman di Universiti
Malaysia Sarawak sebelum pulang ke semenanjung. Antara aktiviti yang dilakukan
bagi mengeratkan silaturahim antara kedua-dua buah universiti adalah berkayak bersama,
dialog antara MPP UUM dan MPP UNIMAS serta berkunjung ke Kampung Budaya. Ini
adalah usaha bersama bagi mengenali lebih mendalam antara satu sama lain dan
budaya masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak.
YBhg. Prof. Madya Dr Rusli turut hadir bagi merasmikan program.
Selain memenuhi kesemua objektif
program, terdapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan dapat dipelajari
sepanjang program dijalankan. Antaranya adalah mengenali sendiri masyarakat
etnik Bidayuh dan etnik-etnik lain yang terdapat di Sarawak serta membuat satu
hubungan antara dua buah universiti iaitu UUM dan UNIMAS. Melalui program ini
juga, kesemua mahasiswa dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu
sama lain serta diharap program ini dapat memberi impak positif kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan menjadi
contoh kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang lain.
No comments:
Post a Comment