BAU: Persatuan Mahasiswa
Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan
kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya
membuat aktiviti khidmat masyarakat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk
menerusi program Bakti Siswa Perundangan “Budi Disemai Kasih Dibaja II” di Kampung Opar, Bau, Sarawak yang diketuai oleh pengarah program iaitu Saudara
Muhammad Faizal Bin Che Saad dari UUM dan pengarah bersama Saudara Muhamad
Zulhilmy Bin Abd Manan dari UNIMAS.
Montaj penuh Budi Disemai, Kasih Dibaja 2

Kelab PRIMU gumbiraaa menyambut delegasi dari UUM.
Selama empat hari, program ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi kepada aktiviti luar kampus bersama masyarakat luar bandar khususnya di Sarawak ini. Ini juga adalah salah satu usaha bersama untuk mempromosikan UUM, memberi khidmat nasihat dan maklumat perundangan serta mengenali lebih mendalam tentang budaya masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak.
Seramai 22 orang pelajar daripada Persatuan
Mahasiswa Undang-Undang dan 4 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
dari UUM telah mengikuti program ini serta seramai 27 orang pelajar daripada
Kelab PRIMU dan 2 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan wakil
dari UNIMAS. Di Kampung Opar, kesemua pelajar ini telah dibahagikan kepada 12
keluarga angkat yang merupakan etnik Bidayuh yang terlibat dalam program ini.
Setiap keluarga menerima 4-5 orang anak
angkat yang merupakan gabungan daripada pelajar dari UUM dan UNIMAS.