Wednesday, December 19, 2012

Program Softskill "Saham Si Temberang" Bersama Warga Kolej Bunga Raya UNIMAS

Pada hari Selasa, 18 Disember 2012 yang lepas, pihak Kolej Bunga Raya UNIMAS (BRC) dengan sukacitanya telah menjemput Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) untuk menjayakan satu program softskill khas untuk warga kolej. Dengan itu, Kelab PRIMU yang diketuai oleh Presiden kelab, Syazwan Yaacob bersama-sama dengan ahli kelab yang lain telah melaksanakan satu modul istimewa iaitu modul "Saham Si Temberang" yang berobjektifkan ingin melatih warga kolej Bunga Raya untuk berfikir secara bijak dan pantas dalam membuat keputusan.

Boleh tahan ramai yang datang! :D
 Saudara Zaihazlan Zamri mengetuai setting "1,2,3 Count!"

Cik Sekretariat bersama Exco Logistik Kelab PRIMU, Hemnaarth.
 Saudara Zulhilmy sedikit terencat malam tu. Hehehe
"I say one, you say 'HAH'!"
 Sesi pembahagian kumpulan untuk modul utama :)
 Saudara Syazwan Yaacob mengetuai modul "Saham Si Temberang"!
Company 'BMW' murung sebelum syarikat diistihar muflis. Hahaha
Perbincangan antara CEO utk menentukan jatuh bangun company masing".
'Budak ofis' turut diberi amanat membuat negotiation dengan syarikat lain.
Sesi refleksi terhadap modul yang telah dijalankan.
"Pihak kelab PRIMU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga KBR yang hadir semasa sesi softskill malam tu. Anda semua sgt sporting, open-minded & ceria. Diharap apa kita kongsikan pd mlm ini dpt sama2 kita amalkan. Sebagai tambahan, aktiviti td sebenarnya turut melibatkan beberapa kemahiran:

1. Kepimpinan (peranan CEO pengaruh utk ambil risiko)
2. komunikasi (kepentingan riak wajah, teknik yakinkan org lain utk setuju dgn
pendirian kita, nada suara semasa berunding)
3. Kerjasama (jujur dlm organisasi, tidak buat keputusan sndiri)

Terima ksih juga kepada pihak Exco Akademik, JPK KBR krna memberi peluang kpd kami utk brsama-sama beramah mesra dgn wrga KBR :) "
 
Syazwan Yaacob,
Presiden Kelab PRIMU.
Syabas semua! :D

2 comments:

NURUL JANNAH AZHAR said...

bestla.. nk join jgak.. tp xberkesempatan..

PRIMU Officers said...

kalau berkesempatan dan dapat jemputan lagi, kami datang buat lagi ye :)