Tuesday, October 5, 2010
PRIMU Di AidilFitri

Ampun maaf diucapkan jika tersilap kata atau apa yang kurang harap dimaafkan.
Dalam bulan Syawal ini, kami berkesempatan mengadakan Aidilfitri PRIMU pada Sabtu yang lepas, 2 Oktober 2010.
Pada hari kejadian, kami mengadakan gotong-royong untuk memasak segala lauk-pauk untuk program kami.
Antara lauk-pauk yang kami sediakan ialah Ayam Masak Merah, Nasi Himpit, Kuah Kacang, Lotong @ Kuah Ladeh, Mee Goreng dan Minuman.

Kami mulakan majlis selepas solat ISYAK.
Kami turut menjemput ahli surau untuk turut menjamu selera.
Apapa pun, segala komen tentang masakan kami adalah memuaskan dan semua masakan turut licin habis semua.
Alhamdulillah kerna program kami berjalan dengan lancar dan kami turut bergotong-royong mengemas segala peralatan yang digunakan selepas program.
*Harap dimaafkan sekiranya tersalah eja Lotong @ Kuah Ladeh ea...
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Subscribe to:
Posts (Atom)