salam..
Dukacita dimaklumkan bahawa PROGRAM BOLING PRIMU EDISI BUANG STRESS DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Oleh itu, program ini akan ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian..
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Friday, March 12, 2010
Thursday, March 11, 2010
Pecahkan Boling Itu...!
Salam...!
Keluarga PRIMU sedia maklum bahawa warga UNIMAS baru sahaja selesai bergelut dengan mid-term dan assignment. Namun masih ada kerja kursus yang masih dalam perjalanan menuju ke tarikh akhir. Semua sedang stressss...!!!!
Oleh itu, apa kata hujung minggu ini ahli-ahli keluarga PRIMU berkumpul di suatu tempat untuk kita tenangkan fikiran...lapangkan dada..buangkan seketika semua permasalahan mengenai kerja kursus yang tengah berserabut....
Semua ahli keluarga PRIMU dijemput untuk hadir ke...:

Tempat : Pusat Bowling UNIMAS
Hari : Sabtu
Masa : 2 petang
Pakaian : Sukan
Bawa bersama kad matrik dan stokin
Ahaaa.... jangan lupa.. ada cop senggang juga ni... ;-)
KAF 2010 (Secebis Kenangan)
Salam...
Pengenalan KAF 2010
Fasilitator adalah salah satu ejen penting dalam sesebuah program. Tugas fasilitator mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan.
Fasilitator membantu peserta melihat masalah dengan jelas dan mencadangkan penyelesaian mudah yang dapat dilakukan oleh peserta. Maka, amat penting bagi sesebuah organisasi untuk memiliki fasilitator yang terlatih supaya segala perancangan program dapat berjalan lancar.
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab Kelab PRIMU bercadang untuk menganjurkan KAF yang merupakan satu program asas kepimpinan/fasilitator di mana mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan didedahkan dan diberi kursus mengenai asas-asas dalam kepimpinan dan sebagai fasilitator. KAF akan dikendalikan oleh para peserta yang telah mengikuti program Training of Trainers (TOT) sebagai fasilitator.
Seramai 200 orang pelajar UNIMAS dari pelbagai kelab keterampilan diri, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti-fakulti dijemput untuk terlibat di dalam program ini yang akan dijalankan di UNIMAS. Namun, seramai 160 orang pelajar yang dapat hadir ke kurus in. Program ini akan dikendalikan oleh 10 orang pelajar yang telah mengikuti Kursus Training Of Trainers (TOT)
Objektif

- Menjadi persediaan dalam membentuk ‘Liaison Officer’ yang mapan dalam memastikan kelicinan perjalanan Minggu Aluan Pelajar (MAP), sesi kemasukan akan datang
- Membentuk siswa dan siswi supaya mempunyai ketajaman mental dan intelektual yang tinggi dalam mengurus dan mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
- Menerapkan ilmu fasilitator dalam diri setiap siswa dan siswi Universiti Malaysia Sarawak yang terlibat dengan kursus
- Melahirkan mahasiswa yang memiliki‘Towering Personality’ yang merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient)
Syukur kepada Yang Maha Esa.. Kursus yang direncanakan berjaya dan alhamdulilah ia telah mencapai objektif yang kita semua sasarkan. Kepada semua, sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan atau komen-komen anda dialu-alukan untuk mengemukakan kepada kami.
Terima Kasih..
PRIMU Gemilang Sepanjang Zaman...!
KAF 2010 (Bingkasan Kenanagan Bersama)
Thursday, March 4, 2010
Kursus Traning Of Trainer (TOT)
MPP + PRS + Penyayang + PRIMU
Para peserta perlu mereka modul dan mempersembahkan setiap modul untuk dinilai
Sesi Ta'aruf
Dalam melatih kumpulan fasilitator, TOT merupakan jurulatih utama dalam merangka modul, aktiviti dan memantau pelaksanaan sesuatu program atau Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kumpulan TOT ini merupakan tulang belakang dalam membentuk kumpulan fasilitator yang berkarisma dan berkemampuan mengendalikan kumpulan serta aktiviti dengan jayanya. Kumpulan TOT ini perlu membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam masa yang singkat dalam memastikan objektif sesuatu modul tercapai.
Sehubungan itu, kumpulan TOT haruslah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran khusus bagi membolehkan mereka membimbing rakan-rakan fasilitator yang lain. Pendekatan atau kaedah dalam mengendalikan sesuatu modul adalah sangat penting kepada kumpulan TOT . Kemampuan dan kebolahan seseorang TOT akan memberi impak kepada kemampuan dan kebolehan fasilitator dalam mengendalikan LDK dan modul di masa depan.
Objektif TOT
- Membentuk satu pasukan jurulatih fasilitator yang akan menjadi sumber rujukan fasilitator-fasilitator dalam merangka modul dan mengendalikan modul/ latihan dalam kumpulan (LDK) yang berkesan;
- Menyediakan jurulatih fasilitator yang akan merangka dan mengikuti beberapa program yang akan dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar
- Menerapkan ilmu dan kemahiran sebagai jurulatih fasilitator bagi membimbing kumpulan fasilitator-fasilitator dalam mengendalikan modul/ aktiviti;
- Kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan jurulatih fasilitator yang memiliki ‘ToweringPersonality’ yang merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).
Rewind Program Bako
Teluk Pandan Kecil.
En. Hafizan Hashim
lebih kurang 20 minit naik bot dari Jeti.
Dari kiri Berdiri: Diela, Nur Syahirah, Nur Aisyah, Ahmad Asaqni, Azizi
Duduk dari kiri : Jamal, Nadzirah, Hafiz, Amirul dan Rasheedy
di Teluk Pandan Kechil
Subscribe to:
Posts (Atom)