

Salam...
Terima kasih di atas pandangan, komen dan juga keprihatinan anda semua mengenai PRIMU. Kami di pihak pengurusan berasa berbangga kerana dapat berbakti di dalam PRIMU. Sokongan, pandangan dan kritikan anda semua sangat penting demi melahirkan PRIMU yang mantap, efisien serta lebih balik dari yang sebelum ini.
InsyaAllah, semester ini kita akan ada banyak aktiviti outdoor selepas satu semester kita melaksanakan aktiviti indoor yang berbentuk ice-beraking dan team-building. Rasionalnya adalah untuk membentuk satu ikatan kekeluargaan antara ahli-ahli PRIMU supaya ukhwah kita MANTAP..! :-) inilah yang membezakan PRIMU dengan kelab-kelab lain..
Selain itu, sebagai suatu tinjauan santai... Boleh anda berkongsi sedikit apa yang anda semua faham mengenai PRIMU?