Perjumpaan pertama Kelab PRIMU! Jyeahh! Permulaan perjumpaan kelab PRIMU dimulakan dengan aktiviti Rencana Idea & Minda di mana aktiviti kali ini berbentuk ilmiah dan intelektual. Modul kali pertama semester ini dikendalikan oleh Abang Long Kecik Syazwan dan Abang Ngah Besar Zulhilmy. Untuk modul kali ini, setiap ahli kelab dikerah untuk merencana idea memerah otak mengeluarkan idea-idea bernas mengenai isu semasa yang sedang berlaku ketika ini.
Setting sebelum permulaan modul dimulakan dengan aktiviti Zussssss Tang! kendalian saudari Hidayu.
Pada 1 & 2 Mac 2013, Kelab PRIMU telah mengadakan satu program Selangkah Ke Universiti Malaysia Sarawak khas buat pelajar-pelajar yang terpilih dari SMK Bintangor, Sarikei Sarawak. Objektif utama program tersebut ialah untuk memberikan gambaran sebenar kepada adik-adik SMK Bintangor tentang kehidupan sebenar di kampus universiti di samping memberikan motivasi kepada mereka untuk bersungguh" memegang azam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Antara aktivit yang dilakukan bersama ialah Taaruf, Cak Cak Kenal Tak?, Rabun Kuat, Campus Tour dan banyak lagi aktivit menarik dilakukan sepanjang program. Turut memeriahkan lagi suasana ialah Encik Hafizan selaku legend Kelab PRIMU.
BAU: Persatuan Mahasiswa
Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan
kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya
membuat aktiviti khidmat masyarakat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk
menerusi program Bakti Siswa Perundangan “Budi Disemai Kasih Dibaja II” di Kampung Opar, Bau, Sarawak yang diketuai oleh pengarah program iaitu Saudara
Muhammad Faizal Bin Che Saad dari UUM dan pengarah bersama Saudara Muhamad
Zulhilmy Bin Abd Manan dari UNIMAS.
Montaj penuh Budi Disemai, Kasih Dibaja 2
Kelab PRIMU gumbiraaa menyambut delegasi dari UUM.
Selama empat hari, program ini telah berjaya mencapai
objektif utama iaitu mendedahkan
mahasiswa dan mahasiswi kepada aktiviti luar kampus bersama masyarakat luar
bandar khususnya di Sarawak ini. Ini juga adalah salah satu usaha bersama untuk
mempromosikan UUM, memberi khidmat nasihat dan maklumat perundangan serta
mengenali lebih mendalam tentang budaya masyarakat etnik yang terdapat di
Sarawak.
Seramai 22 orang pelajar daripada Persatuan
Mahasiswa Undang-Undang dan 4 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
dari UUM telah mengikuti program ini serta seramai 27 orang pelajar daripada
Kelab PRIMU dan 2 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan wakil
dari UNIMAS. Di Kampung Opar, kesemua pelajar ini telah dibahagikan kepada 12
keluarga angkat yang merupakan etnik Bidayuh yang terlibat dalam program ini.
Setiap keluarga menerima 4-5 orang anak
angkat yang merupakan gabungan daripada pelajar dari UUM dan UNIMAS.
Berikut merupakan senarai peserta Program Bakti Siswa : Budi Disemai, Kasih Dibaja Bersama Pelajar Perundangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dengan Kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) yang bakal berlangsung pada 21 Januari - 25 Januari 2013 :
*MOHON KEPADA YANG TERLIBAT, SILA UPDATE NAMA PENUH ANDA, NO I/C, NO TELEFON & NO MATRIK ANDA SECEPAT YANG MUNGKIN (A.S.A.P.) SEKIAN TERIMA KASIH :)
1. Muhamad Ammar Hashim
2. Nawal Afifah Binti Salehat
3. Zaihazlan Bin Zamri
4. Siti Nur Fatihah bt Asrul Sani
5. Nur Syahidah Binti Dawood
6. Sumaiyah Binti Shaharudin
7. Nisa Shahdan
8. Nazihah Binti Aminuddin
9. Nurfatin Nabilla Binti A Rahman
10. Umi Nadiah Binti Mohamad Roslani
11. Norhidayu Binti Ramli12. Faizatul Hasni Binti Abd Aziz
13. Nor Ain Afilla Binti Nordin
14. Khairol Bin Mohd Zainal
15. Malini Binti Mohamed
Masih tidak terlambat untuk Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) untuk mengucapkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak khususnya ahli kelab PRIMU,