Thursday, February 28, 2013

Kejayaan Kolabrasi UUM dan Kelab PRIMU (UNIMAS)

BAU: Persatuan Mahasiswa Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya membuat aktiviti khidmat masyarakat dan mengeratkan silaturahim antara penduduk menerusi program Bakti Siswa Perundangan “Budi Disemai Kasih Dibaja II” di Kampung Opar, Bau, Sarawak yang diketuai oleh pengarah program iaitu Saudara Muhammad Faizal Bin Che Saad dari UUM dan pengarah bersama Saudara Muhamad Zulhilmy Bin Abd Manan dari UNIMAS.

Montaj penuh Budi Disemai, Kasih Dibaja 2

  
Kelab PRIMU gumbiraaa menyambut delegasi dari UUM.

Selama empat hari, program ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi kepada aktiviti luar kampus bersama masyarakat luar bandar khususnya di Sarawak ini. Ini juga adalah salah satu usaha bersama untuk mempromosikan UUM, memberi khidmat nasihat dan maklumat perundangan serta mengenali lebih mendalam tentang budaya masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak.

Seramai 22 orang pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Undang-Undang dan 4 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari UUM telah mengikuti program ini serta seramai 27 orang pelajar daripada Kelab PRIMU dan 2 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan wakil dari UNIMAS. Di Kampung Opar, kesemua pelajar ini telah dibahagikan kepada 12 keluarga angkat yang merupakan etnik Bidayuh yang terlibat dalam program ini. Setiap keluarga  menerima 4-5 orang anak angkat yang merupakan gabungan daripada pelajar dari UUM dan UNIMAS.

Saturday, January 5, 2013

Senarai Nama Peserta Program Bakti Siswa : Budi Disemai, Kasih Dibaja

Berikut merupakan senarai peserta Program Bakti Siswa : Budi Disemai, Kasih Dibaja Bersama Pelajar Perundangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dengan Kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) yang bakal berlangsung pada 21 Januari - 25 Januari 2013 :


*MOHON KEPADA YANG TERLIBAT, SILA UPDATE NAMA PENUH ANDA, NO I/C, NO TELEFON & NO MATRIK ANDA SECEPAT YANG MUNGKIN (A.S.A.P.) SEKIAN TERIMA KASIH :)

1. Muhamad Ammar Hashim
2. Nawal Afifah Binti Salehat
3. Zaihazlan Bin Zamri
4. Siti Nur Fatihah bt Asrul Sani
5. Nur Syahidah Binti Dawood
6. Sumaiyah Binti Shaharudin
7. Nisa Shahdan
8. Nazihah Binti Aminuddin
9. Nurfatin Nabilla Binti A Rahman
10. Umi Nadiah Binti Mohamad Roslani
11. Norhidayu Binti Ramli12. Faizatul Hasni Binti Abd Aziz
13. Nor Ain Afilla Binti Nordin
14. Khairol Bin Mohd Zainal
15. Malini Binti Mohamed

"Budi Di Semai, Kasih Di Baja"

Thursday, January 3, 2013

Selamat Menjawab Dalam Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2012/2013!

Masih tidak terlambat untuk Kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) untuk mengucapkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak khususnya ahli kelab PRIMU,

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER I SESI 2012/2013!
No pain, No gain :)

Monday, December 31, 2012

Semua bergembira di program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU!

Semua bergembira di program Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU! Tahniah kepada pengarah, Norhayati Abd Aziz dan ahli jawatankuasa pelaksana yang terlibat kerana telah menjayakan program akhir semester I sesi 2012/2013 kali ni. Program yang berlangsung di Sematan Resort ini telah disertai oleh lebih daripada 40 orang ahli Kelab PRIMU.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bersesuaian dengan objektif program itu sendiri iaitu untuk menghilangkan rasa stress sebelum study week dan sebelum menghadapi peperiksaan penting akhir semester di samping merapatkan semula ukhuwah sesama ahli kelab. Turut hadir ialah pengiring program kita kali ini iaitu Encik Hafiz serta beberapa orang mantan barisan kepimpinan Kelab PRIMU yang lepas; Abang Long Asaqni, Ridhwan, Kak Syida & Aidil Luqman. Rugi sape yang tak join! :D

 
Video Santai PRIMU #Tackled, Wet & Pain.
Video Siri Jelajah Borneo 2 : Santai PRIMU
Semua terkezutt dengan suasana superbb Sematan Resort! Hihi

Thursday, December 20, 2012

Perjumpaan Mingguan Kelab (19 Disember 2012) - No Money, No Talk!

Minggu ni merupakan minggu terakhir perjumpaan kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS. Tak dinafikan pada perjumpaan mingguan terakhir kelab ni memang ramai yang hadir dan tahniah diucapkan kepada semua! Minggu depan pula dah nak start study week, so ganbatte semua! Fighting! Haha

Minggu ni modul yang dilaksanakan semasa perjumpaan kelab mingguan juga berunsurkan intelektual dan kerjasama serta smart thinking.  Bertajukkan No Money, No Talk! ini, lima kumpulan telah dibahagikan sama rata ahli bilangannya. Dan bermulalah episod kedai-kedai kek lapis dalam mencari solusi kesepakatan dalam meningkatkan keuntungan kedai masing-masing. Hihihi..

 Clap Remix Session w/ Zulhilmy Manan. Clap Clap!
1, 2, 3 CLAP CLAP CLAP*!